Lebih drastik lagi senario kini dimana anak-anak yang baru mencecah umur 5 tahun juga telah dihantar mengikuti pembelajaran khusus dipusat-pusat tuisyen dengan harapan anak-anak ini akan lebih bijak berbanding dengan rakan sebaya dan lebih bersedia mengikuti pembelajaran di tahun satu nanti.
Satu persoalan yang berlegar diminda, apakah pembelajaran dipusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti tadika, taska atau taski anjuran kerajaan atau swasta masih belum mampu memberikan kesan kepada kemahiran asas untuk kanak-kanak sehingga segelintir ibubapa menghantar anak-anak mereka belajar secara khusus kepusat-pusat tuisyen ini?
Jika dibandingkan perbezaan antara Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak ( seperti Tadika, Taska, Taski dan lain-lain yang seumpamanya ) dengan tuisyen ialah dari segi pengkhususan pembelajaran yang diberi. Tuisyen lebih memfokuskan tentang subjek-subjek tertentu sahaja mengikut pilihan ibubapa berdasarkan apa yang telah ditawarkan oleh pusat tuisyen tersebut. Manakala Pusat Asuhan Pendidikan Awal kanak-kanak lebih menyeluruh silibus pendidikannya kerana ia telah dirangka dan disusun secara sistematik mengikut tahap keupayaan pelajar berdasarkan kepada sukatan dari kementerian pendidikan. Dalam bahasa yang lebih mudah ia merupakan sekolah awal untuk mereka belajar dan bersosial.
Adakah ibubapa lebih terkehadapan dalam menilai kemampuan anak-anak?
Jawapanya "ya" dari satu sudut.
Bagi ibubapa dipasca moden ini, jika anak-anak mencecah usia lima tahun dan masih merangkak-rangkak mengenal nombor dan huruf ia adalah satu masalah besar yang bakal akan berlaku jika sesuatu tindakan tidak diambil. Zaman yang serba pantas ini tindakan awal perlu dilakukan segera didalam apa saja perkara lebih-lebih lagi yang melibatkan masa depan anak-anak.
Masih tidak kenal huruf dan nombor apabila menjejak kaki ke tahun satu adalah satu perkara yang perlu dibimbangi oleh semua ibubapa. Jika menyorot kembali dizaman 30 atau 40 tahun yang lalu, ia bolehlah dianggap sebagai normal kerana dimasa itu kanak-kanak tidak menghadapi cabaran persaingan dikalangan rakan sebaya kerana tahap pemikiran dan maklumat yang masing-masing ada adalah sama. Namun ianya masih lagi menjadi satu masalah dan gangguan kepada guru jika ada segelintir yang terlalu lambat menerima pembelajaran. Maka atas inisiatif guru mewujudkan satu kelas untuk pelajar didalam kategori ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.
Sesuai dengan maklumat dan persekitaran dizaman itu, ibubapa hanya sekadar risau akan keputusan peperiksaan dan kedudukan nombor yang diterima. Ibubapa seratus peratus menyerahkan soal pembelajaran kepada pihak sekolah. Apa saja yang diajar itulah yang terbaik tanpa ada bantahan atau persoalan dari mereka. Tidak dinafikan bahawa membaca dan menulis adalah satu jambatan untuk menjadi seorang yang bijak dan pandai. Kegagalan menguasainya merupakan perkara yang amat "teruk" yang telah mereka lakukan terutama dizaman sekarang. Ia boleh diibaratkan menjadi hamba kepada orang disekeliling ******.
Menjawab kepada persoalan adakah ibubapa lebih terkehadapan dalam menilai kemampuan anak-anak? Jawapannya YA dan ia seharusnya dilakukan oleh setiap ibubapa sekarang. Mungkin lebih baik jika ibubapa maju selangkah kehadapan lebih awal dengan membuat persiapan sebelum anak-anak memasuki tahun satu. Ini adalah satu bonus untuk mereka kerana maklumat yang ada dipersekitaran kita sekarang cukup banyak dan amt mudah diperolehi. Adakalanya ia tidak termampu untuk dikawal apatah lagi untuk ditapis.
Semakin banyak maklumat diperolehi semakin banyak yang mereka ketahui dan semakin banyak persoalan yang akan dilontarkan dan semakin pening ibubapa menangkis dan menerangkannya. Itu belum lagi berkaitan dengan akidah, akhlak dan sebagainya. Adakah perlu ibubapa menunggu sehingga anak memasuki tahun satu baru mula bertindak?
Anak-anak yang membesar dihadapan mata ibubapa, secara amnya ibubapa dapat memahami kemampuan dan kelemahan anak-anak mereka. Justeru tiada persoalan yang perlu dibangkitkan siapa yang lebih "overacting" didalam memberi pembelajaran dan pendidikan kepada mereka. Inisiatif ibubapa ini wajar disokong kerana ia banyak manfaat dan membantu terutama kepada pihak sekolah kerana ia tidak lagi memberi gangguan kepada guru untuk meneruskan pembelajaran mengikuti silibus yang telah dirancang.
Mungkin kata-kata Alvin Tofler tentang keadaan masa kini dimana buta huruf bukan lagi tertumpu kepada tidak mengenal nombor dan abjad sahaja tetapi telah ditambah satu lagi iaitu mencari dan mendapatkan maklumat. Jika buta huruf tidak tahu membaca dan menulis pun sudah terlalu sukar apatah lagi kini jika tidak tahu membaca , menulis dan mencari sumber maklumat.....agak-agak anda bagaimana situasi ini akan dihadapi oleh anak-anak kita. Mungkinkah mereka akan menjadi hamba abdi dizaman ini ( lihat perenggan bertanda ****** ).
ps : Sifir Master - The Art Of Multiplication merupakan satu kaedah mudah untuk anak-anak anda menguasai Asas Kemahiran Matematik didalam Topik Pendaraban yang telah disusun mengikut Kaedah Matematik Kreatif yang telah dipelopori sejak tahun 1998 lagi.
Sifir dan darab antara halangan awal untuk pelajar menguasai Matematik dengan cemerlang. Jika mereka begitu fobia kepada matematik terutama anak-anak yang masih berada diperingkat rendah, cuba anda selidiki tahap penguasaan mereka didalam sifir dan darab kerana inilah punca utamanya sebelum mereka melarat membenci topik pembelajaran seterusnya seperti bahagi,pecahan,peratus dan sebagainya dimana didalam topik ini ia melibatkan penggunaan sifir dan darab didalam pembelajarannya.
Buku Sifir Maste - The Art Of Multiplication merupakan sebuah buku yang menerangkan kaedah mudah, pantas dan tepat menguasai sifir dan pendaraban yang perlu mereka kuasai.
pergh tusyen 5 thn. sian pula pada anak
ReplyDelete