Secret of no.7
Kaedah mudah, kaedah kreatif, senang dan cepat memahami bagaimana sifir 7 itu terbentuk bolehlah menggunakan kaedah dibawah. Selain daripada memahami sifir darab, kaedah kreatif dan kaedah mudah ini juga memahirkan penguasaan didalam mencampur ( operasi tambah ) Sengaja dirancang agar menjadi serampang dua mata.
Langkah-langkah penyelesaian adalah seperti berikut.
Contoh soalan, Selesaikan 2 X 7 = ?
Langkah #1
Rujuk soalan 2 X 7 =
- Lihat angka 2. Lakukan operasi tambah dengan angka yang sama seperti berikut 2 + 2 = 4.
4 merupakan hasil tambah langkah pertama.
- Gunakan angka 4 sebagai subjek. lakukan operasi tambah secara berulangan sebanyak tiga kali seperti berikut.
4 + 4 + 4 = 12
12 merupakan hasil jawapan pada langkah kedua ini.
- Gunakan angka 12 ( hasil jawapan pada Langkah #2 ) sebagai subjek. Lakukan operasi tambah dengan angka 2 ( pada soalan ) seperti berikut.
12 + 2 = 14 - Hasilnya adalah jawapan akhir anda. Selesai
2 X 7 = 14
Contoh kedua,
Selesaikan, 3 X 7 = ?
Langkah Penyelesaian.
3 X 7 =
Langkah #1
3 + 3 = 6
Langkah #2
6 + 6 + 6 =18
Langkah #3
18 + 3 = 21
Oleh itu 3 X 7 = 21
Contoh ketiga,
Selesaikan 5 X 7 = ?
Langkah penyelesaian.
5 X 7 =
Langkah #1
5 + 5 = 10
Langkah #2
10 + 10 + 10 = 30
Langkah #3
30 + 5 = 35
Oleh sebab itu 5 X 7 = 35
Kaedah Kreatif Tambahan
Soalan 6 X 7 = ?
Penyelesaian
6 X 7 =
Langkah #1
6 + 6 = 12
Langkah #2
12 X 3 = 36 - Untuk mudah pada langkah ini anda gunakan darab dengan 3
Langkah #3
36 + 6 = 42
Oleh itu 6 X 7 = 42
Selamat mencuba :)
Rahsia nombor 7 didalam sujud.
Sujud dari segi syarak iaitu sentuhan dahi seseorang ketika bersolat ditempat sujud. Sekurang-kurangnya sujud meletakkan dahi diatas tempat sujud dan dahi mestilah tidak berlapik dengan sesuatu.
Tetapi jika sekiranya terpaksa dahi itu dibalut kerana luka dan sebagainya maka tidaklah diwajibkan membukanya.
Begitu juga umpamanya dahi berlapikkan songkok dengan sengaja tanpa sebab, maka solatnya dikira tidak sah.
7 anggota sujud iaitu
- Dahi
- Dua telapak tangan
- Dua lutut
- Dua perut jari kaki
Syarat-syarat sah sujud
1. Dahi tidak berlapik dengan sesuatu.
- Jika seseorang sujud diatas tanah atau kertas atau yang seumpamanya lalu tanah atau kertas itu melekat didahi sehingga menjadikan dahinya berlapik maka tidak sah sujudnya yang kedua kecuali dia menghilangkan tanah atau kertas tersebut dari dahinya. Sujud yang pertama tadi adalah sah
2.Sujud mestilah melibatkan tujuh anggota.
3. Bahagian paling bawah ( punggung ) hendaklah terangkat sedikit lebih daripada kepala sekadar termampu.
4. Tidak mempunyai niat yang lain selain daripada sujud.
5. Berada dalam keadaan tenang ketika sujud.
6. Dahi terletak tetap ditempat sujud.
7.Tidak sujud diatas permukaan yang ditanggung atau yang bersambung dengan badan.
8. Bertumpu dengan dahi iaitu meletakkan imbangan berat kepalanya ditempat sujud.
9. Niat untuk sujud.
Bacaan ketika sujud,
Maksudnya, " Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi dan Segala Puji-pujian-Nya
Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat/Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlan Ab. Hamid/Telaga Biru Sdn.Bhd/Cetakan Mac 2009/Bab4 Fardhu Ain Asas/ms90/91
No comments:
Post a Comment