Thursday 17 November 2011

Creative Minds ( Part Two ) - Lupa Crime?


Kenapa lupa sering menjadi alasan penyelamat kita ?

Didalam situasi tertentu adakalanya alasan lupa dapat diterima dan adakalanya sebaliknya. Walaubagaimanapun alasan lupa jika diberikan terlalu kerap besar kemungkinan akan memberi persepsi negatif kepada kita. Mungkin label "tidak boleh diharap", atau "pelupa' diberikan kepada kita. Bagaimana jika saban hari ucapan sebegini keluar dari mulut rakan atau masyarakat sekeliling kita, tidakkah itu hampir kepada suatu doa?

Mari lakukan perubahan segera. Sedikit latihan yang mampu membaiki sikap pelupa kita. Bayangkan otak anda ibarat pintu empangan yang menahan air yang sebegitu banyak dari melimpah keluar. Jika saban hari anda berkata ,"saya seorang yang lemah dalam bab mengingat', atau "saya seorang pelupa.Tolong ingatkan aku' atau "puas sudah aku cuba mengingat,tetapi tidak terdaya". Setiap kali ucapan sebegini atau yang hampir membawa maksud yang sama ( perkataan negatif ) anda sebut, seolah-olah anda dengan sengaja menebuk lubang dipintu empangan tersebut. Sekali anda menyebut, sebuah lubang sedang anda tebuk. Dua kali anda sebut maka dua kalilah lubang yang akan anda tebuk dan begitulah seterusnya. Penamat empangan akan pecah dan anda akan hanyut dan tenggelam bersama-sama.

Sebaliknya jika anda menyebut dan berkata,"saya mesti ingat", atau "saya akan mengingatinya dengan mudah", atau "saya mempunyai daya ingatan yang tajam dan hebat", seolah-olah anda menampal lubang-lubang yang terdapat pada pintu empangan tersebut. Semakin banyak anda menyebut perkataan sebegitu ( perkataan positif ) semakin banyaklah lubang-lubang akan ditutup. Insya Allah empangan anda tidak akan pecah dan anda tidak akan tenggelam dibawa arus.

Namun begitu, terdapat lagi satu perkara yang perlu anda lakukan. Perkara mudah kerana ia hanya melibatkan diri anda sendiri. Perbetulkan sikap anda. Betul sikap betullah segalanya.

Sikap adalah perlakuan individu yang dipengaruhi beberapa naluri dalaman. Naluri dalaman seperti emosi, fikiran dan tingkah laku adalah komponen utama sikap. Jadi untuk memiliki daya ingatan yang hebat dan memansuhkan label sebagai seorang pelupa, lakukan perubahan kepada sikap anda. Berubahlah dari pemikiran negatif kepada pemikiran positif. Insya Allah kejayaan berpihak kepada anda nda jangan lupa bahawa kejayaan seseorang itu sebenarnya 90% ditentukan oleh SIKAP berbanding hanya 10% daripada pengetahuan yang sedia ada.

Assalammualaikum dan jumpalagi :)



No comments:

Post a Comment