Tuesday 8 November 2011

Secret of No 6

Secret of nombor 6 a.k.a Rahsia nombor 6.
6 horoskop munafik yang disembunyikan.Sebelum itu kita kongsikan bagaimana kaedah kreatif menyelesaikan sifir 6.Lihat langkah demi langkah dibawah.


Keterangan:

Soalan latihan, selesaikan 8 X 6 = ?

Langkah #1
Lihat angka 8 pada soalan. Kita akan gunakan angka 8 ini sebagai subjek penyelesaian.

Langkah #2

Lakukan operasi tambah dengan angka yang sama ( syarat tetap ) iaitu 8 + 8 = 16.
Hasil jawapan adalah 16.

Langkah #3
Gunakan hasil jawapan pada Langkah #2 iaitu 16 sebagai subjek penyelesaian.lakukan operasi tambah seperti berikut,
16 + 16 + 16 = 48.
Hasilnya adalah jawapan akhir anda.

Lihat contoh kedua.


Keterangan :

Selesaikan  9 X 6 = ?

Langkah #1
Lihat angka 9 pada soalan. Jadikan ia sebagai subjek penyelesaian.

Langkah #2
Lakukan operasi tambah seperti berikut,  9 + 9 = 18.
Hasilnya adalah 18.

Langkah #3
Hasil pada Langkah #2 dijadikan sebagai subjek penyelesaian. Lakukan operasi tembah seperti berikut
18 + 18 + 18 = 54. Hasilnya adalah merupakan jawapan akhir anda.

Contoh ketiga adalah kaedah yang telah dipermudahkan.Lihat contoh dibawah

Keterangan :
Kaedah ini dipermudahkan lagi menjadi hanya 2 langkah penyelesaian. Namun begitu untuk memudahkan kefahaman, 3 langkah penyelesaian diterangkan. Setelah mahir hanya 2 langkah penyelesaian yang perlu dilakukan. Lihat keterangan dibawah.

langkah #1
Lihat soalan. Jadikan angka 4 pada soalan sebagai subjek penyelesaian.

Langkah #2
Lakukan operasi tambah seperti berikut. 4 + 4 = 8.
Hasilnya adalah 8

Langkah #3
Gunakan angka 8 sebagai subjek penyelesaian. Untuk memudahkan anda hanya perlu mendarab dengan angka 3 seperti berikut iaitu,  8 X 3 = 24.
Hasilnya adalah jawapan akhir anda.

Selamat mencuba :)

Sedikit perkongsian mengenai 6 tanda Munafik.Abaikan subheadlines (6 horoskop munafik yang disembunyikan)

 Munafik dari segi bahasa bermaksud, " Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar". Manakala dari segi syarak pula bermaksud," Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya didalam hati".
Orang munafik boleh diibaratkan seperti manusia yang mempunyai sifat talam dua muka atau gunting didalam lipatan. Mereka adalah manusia yang berpura-pura mengikut dan mengamalkan ajaran islam samada dari segi amal ibadat, percakapan atau pergaulan. Namun jauh didalam lubuk hati, mereka tidak menerima dan amat membenci islam. Mereka ini manusia bertopeng yang penuh dengan kepura-puraan.

Allah SWT berfirman,
Maksudnya: Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali didalam neraka. ~ Surah al-Nisa'- ayat 145 ~.

6 Tanda Seseorang Itu Menjadi Munafik

  1. Iman Tidak Tetap dan Tidak Teguh.
    Seumpama lalang ditiup angin. Manusia seumpama ini terlalu mudah mengikut keadaan disebabkan oleh kelemahan iman. Iman mereka sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan persekitaran dimana dia tercampak.
  2. Tindak-Tanduk Yang Sentiasa Berubah
    Manusia munafik adalah pelakon yang hebat. Mampu melakonkan apa saja watak dengan mudah. Takala bersama orang beribadat, dia akan bersama melakukan amal ibadat tersebut walaupun didalam hatinya amat sukar untuk menerimanya. Apabila jauh daripada orang ramai dia tidak akan melakukan amal ibadat.
  3. Tidak Tetap Kata
    Orang munafik sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang islam, dia akan memuji-muji islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran islam tetapi apabila dibelakang orang islam, secara senyap-senyap dia akan menghina islam.
  4. Sentiasa Mengharapkan Kebaikannya Dibalas
    Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.
  5. Jiwanya Tidak Tenteram
    Manusia munafik jiwanya sentiasa tidak tenteram. Dia akan resah dan gelisah kerana terpaksabersikap pura-pura dihadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.
  6. Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup.
    Manusia munafik hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan amat terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi mereka hanyalah satu mitos dan khayalan.
"Sesungguhnya betapa hinanya jika tergolong didalam golongan munafik dan yang pasti balasan diakhirat amatlah berat".
Sumber rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat/Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid/Telaga Biru Sdn.Bhd/Cetakan 2009/Bab2.Pendidikan Awal kanak-Kanak/mengenal munafik,musrik,kafir dan murtad/ms21&22.
Laman web Telaga Biru

No comments:

Post a Comment