Showing posts with label kaedah kreatif. Show all posts
Showing posts with label kaedah kreatif. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

Secret Of No 7


Secret of no.7
    Rahsia nombor diteruskan lagi. Kali ini menyelami kehebatan nombor tujuh.

    Kaedah mudah, kaedah kreatif, senang dan cepat memahami bagaimana sifir 7 itu terbentuk bolehlah menggunakan kaedah dibawah. Selain daripada memahami sifir darab, kaedah kreatif dan kaedah mudah ini juga memahirkan penguasaan didalam mencampur ( operasi tambah ) Sengaja dirancang agar menjadi serampang dua mata.

    Langkah-langkah penyelesaian adalah seperti berikut.

    Contoh soalan, Selesaikan 2 X 7 = ?

    Langkah #1

    Rujuk soalan 2 X 7 =
    • Lihat angka 2. Lakukan operasi tambah dengan angka yang sama seperti berikut  2 + 2 = 4.
      4 merupakan hasil tambah langkah pertama.
    Langkah #2
    • Gunakan angka 4 sebagai subjek. lakukan operasi tambah secara berulangan sebanyak tiga kali seperti berikut.
      4 + 4 + 4 = 12
      12 merupakan hasil jawapan pada langkah kedua ini.
    Langkah #3
    • Gunakan angka 12 ( hasil jawapan pada Langkah #2 ) sebagai subjek. Lakukan operasi tambah dengan angka 2 ( pada soalan ) seperti berikut.
      12 + 2 = 14
    • Hasilnya adalah jawapan akhir anda. Selesai
      2 X 7 = 14 

    Contoh kedua,

    Selesaikan, 3 X 7 = ?

    Langkah Penyelesaian.

    3 X 7 =

    Langkah #1

    3 + 3 = 6

    Langkah #2

    6 + 6 + 6 =18

    Langkah #3

    18 + 3 = 21

    Oleh itu 3 X 7 = 21


    Contoh ketiga,

    Selesaikan  5 X 7 = ?

    Langkah penyelesaian.

    5 X 7 =

    Langkah #1

    5 + 5 = 10

    Langkah #2

    10 + 10 + 10 = 30

    Langkah #3

    30 + 5 = 35

    Oleh sebab itu 5 X 7 = 35


    Kaedah Kreatif Tambahan

    Soalan  6 X 7 = ?

    Penyelesaian

     6  X  7 =

    Langkah #1

    6 + 6 = 12

    Langkah #2

    12 X 3 = 36 - Untuk mudah pada langkah ini anda gunakan darab dengan 3

    Langkah #3

    36 + 6 = 42

    Oleh itu 6 X 7 = 42

    Selamat mencuba :)

    Rahsia nombor 7 didalam sujud.

    Sujud dari segi syarak iaitu sentuhan dahi seseorang ketika bersolat ditempat sujud. Sekurang-kurangnya sujud meletakkan dahi diatas tempat sujud dan dahi mestilah tidak berlapik dengan sesuatu.
    Tetapi jika sekiranya terpaksa  dahi itu dibalut kerana luka dan sebagainya maka tidaklah diwajibkan membukanya.
    Begitu juga umpamanya dahi berlapikkan songkok dengan sengaja tanpa sebab, maka solatnya dikira tidak sah.

    7 anggota sujud iaitu
    • Dahi
    • Dua telapak tangan
    • Dua lutut
    • Dua perut jari kaki

    Syarat-syarat sah sujud

    1. Dahi tidak berlapik dengan sesuatu.
        - Jika seseorang sujud diatas tanah atau kertas atau yang seumpamanya lalu tanah atau kertas itu melekat   didahi sehingga menjadikan dahinya berlapik maka tidak sah sujudnya yang kedua kecuali dia menghilangkan tanah atau kertas tersebut dari dahinya. Sujud yang pertama tadi adalah sah

    2.Sujud mestilah melibatkan tujuh anggota.

    3. Bahagian paling bawah ( punggung ) hendaklah terangkat sedikit lebih daripada kepala sekadar termampu.

    4. Tidak mempunyai niat yang lain selain daripada sujud.

    5. Berada dalam keadaan tenang ketika sujud.

    6. Dahi terletak tetap ditempat sujud.

    7.Tidak sujud diatas permukaan yang ditanggung atau yang bersambung dengan badan.

    8. Bertumpu dengan dahi iaitu meletakkan imbangan berat kepalanya ditempat sujud.

    9. Niat untuk sujud.

    Bacaan ketika sujud,
    Maksudnya, " Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi dan Segala Puji-pujian-Nya

    Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat/Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlan Ab. Hamid/Telaga Biru Sdn.Bhd/Cetakan Mac 2009/Bab4 Fardhu Ain Asas/ms90/91

    Meh! Baca Lagi Kat Sini...

    Tuesday, 1 November 2011

    Secret Of No 4

    Secret Of No.4 atau Rahsia Nombor 4 diteruskan lagi
    Kebiasaan ini bukan kod-kod rahsia yang hilang atau kod rahsia hacker, ini hanyalah kaedah kreatif didalam penguasaan kemahiran sifir untuk pelajar sebagai satu cabang ilmu yang boleh juga diertikan sebagai satu alternatif pembelajaran.

    Kaedah mudahnya ialah seperti berikut,

    Contoh soalan mudah diberi. Selesaikan 2 X 4 = ?

    Langkah #1
    Lihat angka 2. Rujuk rajah dibawah
    Angka 2 ini adalah sebagai subjek. Lakukan operasi tambah seperti berikut 2 + 2 = 4 . Lihat rajah dibawah.
    Langkah #2
    Hasil jawapan pada langkah pertama tadi gunakan sebagai subjek utama.Hasilnya adalah 4.
    Lakukan operasi tambah iaitu 4 + 4 = 8. Lihat rajah dibawah.
    Hasilnya adalah jawapan akhir anda.

    Contoh kedua
    Selesaikan 12 X 4=?
    Langkah #1
    Langkah #2
    48 adalah jawapan anda. 12 X 4 = 48. Selesai !

    Sedikit info mengenai angka sifir 4 didalam solat.

    Zohor:
    Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
    Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
    Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
    Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
    Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

    Asar:
    Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
    Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
    Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
    Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
    Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

    Isyak:
    Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
    Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
    Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
    Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
    Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

    Jazakumullah khaira khatira sumbernya disini




    Meh! Baca Lagi Kat Sini...