Showing posts with label alternatif pembelajaran. Show all posts
Showing posts with label alternatif pembelajaran. Show all posts

Monday, 14 November 2011

Fear Factory

Fear Factor?
Kenapa ketakutan terhadap risiko sesuatu perkara itu adakala menjadi begitu besar kepada kita, hinggakan menjadi batu penghalang kepada sebuah kejayaan yang diimpikan?

Lumrah semua manusia mempunyai perasaan sedemikian. Ketakutan adakalanya disulam oleh bibit-bibit kerisauan yang menjalar penuh didalam dada dan benak fikiran adakalanya menyesakkan nafas. Kerisauan ibu terhadap masa depan anak-anak. Kerisauan bapa terhadap pelajaran anak-anak dan sebagainya adalah sebahagain contoh jenis kerisauan yang semua dikalangan kita merasainya.

Akibat dari kerisauan yang berlebihan adakalanya membawa kita memilih jalan selamat tanpa berani menongkah atau bersemuka dengan risiko tersebut.Ramai yang memilih untuk terus bertapa didalam zon keselesaan berbanding menjerumus kedalam lumpur tersebut. Memandang kesukaran yang bakal dihadapi meskipun dijanjikan habuan yang lumayan, ramai yang memilih agar tidak menjadi pemain didalam arena tersebut.Apa kesudahannya...Jawapan yang mudah. Jika didalam perniagaan, pemain yang bergelumng didalam lumpur pekat adalah pemenang sejati. Bukan setakat zon keselesaan yang akan mereka kecapi, malah lebih tinggi lagi dari itu yang akan mereka dapat. Kesukaran mengharungi lumpur hanyalah sekali dan detik itulah harta yang tidak dapat dijual beli. Sebuah pengalaman.

Pengalaman adalah pembelajaran dan ia tidak datang mencari seseorang melainkan diri sendiri yang terjun kedalam bersama-samanya untuk merasai sendiri jerit pekik, suka duka penangan yang tersembunyi didalamnya. Mereka yang bijak tidak akan dipatuk kedua kali oleh ular yang sama didalam lubang yang sama. Jika terkena juga selayaknya dipanggil sibodoh, kerana tidak mengambil aktibar dari pengalaman yang ada. Pengajaran dari pengalamanlah yang mematangkan mereka.

Lumpur yang pekat jika tiada sesiapa yang berminat adalah peluang kepada mereka yang berani. Tiada orang tiadalah persaingan. Tiada persaingan mudah untuk merancang. Meskipun lumpur pekat yang meloyakan, jika diterjah dengan kesabaran dan penuh berhikmah, jangan terkejut jika pukat yang ditahan akan dirodok oleh keli dan haruan.Masakan tidak, jangan disangka lumpur yang tenang tiada ikan didalamnya.

Sifir untuk menghilangkan ketakutan adalah mudah. Semudah anda menghafal sifir 2 atau sifir 5. Lihat rajah berikut

Semakin tinggi anda menguasai ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara maka semakin rendahlah risiko yang bakal anda terima. Begitulah sebaliknya.


Jika rendah atau tiada ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara maka risiko yang bakal anda terima adalah tinggi. Berpunca dari tiada ilmulah yang menyebabkan ramai memilih untuk terus kekal didalam keadaan yang sedia ada. Adalah lebih malang lagi jika mereka ini yang lantang sekali mempersoal dan bercerita tentang sesuatu perkara padahal apabila ditanya sumber rujukan atau pengalaman, sekadar berkata dengar dari orang. Layakkah untuk dijadikan fakta manusia seumpama ini?

Seperkara lagi, apabila telah mempunyai ilmu penuh didada jika diukur setinggi gunung Himalaya namun masih lagi tidak berguna jika tidak berani untuk bertindak. Bertindak berpandukan ilmu barulah segala musibah dapat dielak.Bertindak adalah punat segalanya.Jika tidak, meskipun rezeki telah berada dihadapan mata belum tentu anda yang punya.

Ilmu + Tindakan = Kejayaan





Meh! Baca Lagi Kat Sini...

Tuesday, 1 November 2011

Secret Of No 4

Secret Of No.4 atau Rahsia Nombor 4 diteruskan lagi
Kebiasaan ini bukan kod-kod rahsia yang hilang atau kod rahsia hacker, ini hanyalah kaedah kreatif didalam penguasaan kemahiran sifir untuk pelajar sebagai satu cabang ilmu yang boleh juga diertikan sebagai satu alternatif pembelajaran.

Kaedah mudahnya ialah seperti berikut,

Contoh soalan mudah diberi. Selesaikan 2 X 4 = ?

Langkah #1
Lihat angka 2. Rujuk rajah dibawah
Angka 2 ini adalah sebagai subjek. Lakukan operasi tambah seperti berikut 2 + 2 = 4 . Lihat rajah dibawah.
Langkah #2
Hasil jawapan pada langkah pertama tadi gunakan sebagai subjek utama.Hasilnya adalah 4.
Lakukan operasi tambah iaitu 4 + 4 = 8. Lihat rajah dibawah.
Hasilnya adalah jawapan akhir anda.

Contoh kedua
Selesaikan 12 X 4=?
Langkah #1
Langkah #2
48 adalah jawapan anda. 12 X 4 = 48. Selesai !

Sedikit info mengenai angka sifir 4 didalam solat.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Jazakumullah khaira khatira sumbernya disini




Meh! Baca Lagi Kat Sini...