Showing posts with label kaedah mudah. Show all posts
Showing posts with label kaedah mudah. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

Secret Of No 7


Secret of no.7
    Rahsia nombor diteruskan lagi. Kali ini menyelami kehebatan nombor tujuh.

    Kaedah mudah, kaedah kreatif, senang dan cepat memahami bagaimana sifir 7 itu terbentuk bolehlah menggunakan kaedah dibawah. Selain daripada memahami sifir darab, kaedah kreatif dan kaedah mudah ini juga memahirkan penguasaan didalam mencampur ( operasi tambah ) Sengaja dirancang agar menjadi serampang dua mata.

    Langkah-langkah penyelesaian adalah seperti berikut.

    Contoh soalan, Selesaikan 2 X 7 = ?

    Langkah #1

    Rujuk soalan 2 X 7 =
    • Lihat angka 2. Lakukan operasi tambah dengan angka yang sama seperti berikut  2 + 2 = 4.
      4 merupakan hasil tambah langkah pertama.
    Langkah #2
    • Gunakan angka 4 sebagai subjek. lakukan operasi tambah secara berulangan sebanyak tiga kali seperti berikut.
      4 + 4 + 4 = 12
      12 merupakan hasil jawapan pada langkah kedua ini.
    Langkah #3
    • Gunakan angka 12 ( hasil jawapan pada Langkah #2 ) sebagai subjek. Lakukan operasi tambah dengan angka 2 ( pada soalan ) seperti berikut.
      12 + 2 = 14
    • Hasilnya adalah jawapan akhir anda. Selesai
      2 X 7 = 14 

    Contoh kedua,

    Selesaikan, 3 X 7 = ?

    Langkah Penyelesaian.

    3 X 7 =

    Langkah #1

    3 + 3 = 6

    Langkah #2

    6 + 6 + 6 =18

    Langkah #3

    18 + 3 = 21

    Oleh itu 3 X 7 = 21


    Contoh ketiga,

    Selesaikan  5 X 7 = ?

    Langkah penyelesaian.

    5 X 7 =

    Langkah #1

    5 + 5 = 10

    Langkah #2

    10 + 10 + 10 = 30

    Langkah #3

    30 + 5 = 35

    Oleh sebab itu 5 X 7 = 35


    Kaedah Kreatif Tambahan

    Soalan  6 X 7 = ?

    Penyelesaian

     6  X  7 =

    Langkah #1

    6 + 6 = 12

    Langkah #2

    12 X 3 = 36 - Untuk mudah pada langkah ini anda gunakan darab dengan 3

    Langkah #3

    36 + 6 = 42

    Oleh itu 6 X 7 = 42

    Selamat mencuba :)

    Rahsia nombor 7 didalam sujud.

    Sujud dari segi syarak iaitu sentuhan dahi seseorang ketika bersolat ditempat sujud. Sekurang-kurangnya sujud meletakkan dahi diatas tempat sujud dan dahi mestilah tidak berlapik dengan sesuatu.
    Tetapi jika sekiranya terpaksa  dahi itu dibalut kerana luka dan sebagainya maka tidaklah diwajibkan membukanya.
    Begitu juga umpamanya dahi berlapikkan songkok dengan sengaja tanpa sebab, maka solatnya dikira tidak sah.

    7 anggota sujud iaitu
    • Dahi
    • Dua telapak tangan
    • Dua lutut
    • Dua perut jari kaki

    Syarat-syarat sah sujud

    1. Dahi tidak berlapik dengan sesuatu.
        - Jika seseorang sujud diatas tanah atau kertas atau yang seumpamanya lalu tanah atau kertas itu melekat   didahi sehingga menjadikan dahinya berlapik maka tidak sah sujudnya yang kedua kecuali dia menghilangkan tanah atau kertas tersebut dari dahinya. Sujud yang pertama tadi adalah sah

    2.Sujud mestilah melibatkan tujuh anggota.

    3. Bahagian paling bawah ( punggung ) hendaklah terangkat sedikit lebih daripada kepala sekadar termampu.

    4. Tidak mempunyai niat yang lain selain daripada sujud.

    5. Berada dalam keadaan tenang ketika sujud.

    6. Dahi terletak tetap ditempat sujud.

    7.Tidak sujud diatas permukaan yang ditanggung atau yang bersambung dengan badan.

    8. Bertumpu dengan dahi iaitu meletakkan imbangan berat kepalanya ditempat sujud.

    9. Niat untuk sujud.

    Bacaan ketika sujud,
    Maksudnya, " Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi dan Segala Puji-pujian-Nya

    Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat/Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlan Ab. Hamid/Telaga Biru Sdn.Bhd/Cetakan Mac 2009/Bab4 Fardhu Ain Asas/ms90/91

    Meh! Baca Lagi Kat Sini...

    Friday, 28 October 2011

    Mudahnye mudah

    Sebagai manusia yang normal, setiap orang mahukan segalanya menjadi MUDAH.Dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya,pasti akan ada dikalangan kita akan berusaha untuk mempermudahkannya. Malah yang melibatkan sesuatu urusan pun dimohonnya diperMUDAHkan tatacara polisi, malah didalam doa harian pun dipanjat doa agar diperMUDAHkan hisab dihadapan Yang Maha Kuasa nanti agar MUDAH-MUDAHan tergolong didalam golongan yang MUDAH hisabnya, yakni orang-rang yang beruntung.
    Kami ingin kongsikan teknik MUDAH untuk sifir 9. MUDAHnya sehingga anda tidak perlu menghafal. Syaratnya mesti tahu dan kenal digit asas didalam nombor iaitu bermula dari digit 0 sehingga 9. Mari kita xplorer bersama,

    Langkah #1 : Anda tulis jujukan nombor seperti didalam gambar.


    langkah #2 : Angka pada langkah #1 adalah sebagai guide sahaja. Seterusnya tulis jujukan nombor seperti rajah pada kotak berwarna kuning.


    Langkah #3 : Tuliskan jujukan nombor pada kotak biru. Lihat rajah dibawah.

    Perhatian : Lihat bagaimana jujukan nombor yang perlu ditulis. Lihat arah anak panah.

    Selesai dengan MUDAH satu siri Sifir 9. Lihat rajah dibawah bagaimana sifir 9 terbentuk.






    Bila dah terror, anda terus saja tulis mengikut langkah demi langkah dan dengan mudah siaplah satu Sifir 9. Adios!





    Meh! Baca Lagi Kat Sini...