Tuesday 19 February 2013

Tuisyen Yang Terlampau


Tuisyen adalah satu perkara yang biasa bagi ibubapa di zaman moden hari ini. Ia merupakan antara satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap ibubapa apabila anak-anak mereka mula menjangkau umur 9 tahun keatas.

Lebih drastik lagi senario kini dimana anak-anak yang baru mencecah umur 5 tahun juga telah dihantar mengikuti pembelajaran khusus dipusat-pusat tuisyen dengan harapan anak-anak ini akan lebih bijak berbanding dengan rakan sebaya dan lebih bersedia mengikuti pembelajaran di tahun satu nanti.

Satu persoalan yang berlegar diminda, apakah pembelajaran dipusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti tadika, taska atau taski anjuran kerajaan atau swasta masih belum mampu memberikan kesan kepada kemahiran asas untuk kanak-kanak sehingga segelintir ibubapa menghantar anak-anak mereka belajar secara khusus kepusat-pusat tuisyen ini?

Jika dibandingkan perbezaan antara Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak ( seperti Tadika, Taska, Taski dan lain-lain yang seumpamanya ) dengan tuisyen ialah dari segi pengkhususan pembelajaran yang diberi. Tuisyen lebih memfokuskan tentang subjek-subjek tertentu sahaja mengikut pilihan ibubapa berdasarkan apa yang telah ditawarkan oleh pusat tuisyen tersebut. Manakala Pusat Asuhan Pendidikan Awal kanak-kanak lebih menyeluruh silibus pendidikannya kerana ia telah dirangka dan disusun secara sistematik mengikut tahap keupayaan pelajar berdasarkan kepada sukatan dari kementerian pendidikan. Dalam bahasa yang lebih mudah ia merupakan sekolah awal untuk mereka belajar dan bersosial.

Adakah ibubapa lebih terkehadapan dalam menilai kemampuan anak-anak?

Jawapanya "ya" dari satu sudut.

Bagi ibubapa dipasca moden ini, jika anak-anak mencecah usia lima tahun dan masih merangkak-rangkak mengenal nombor dan huruf ia adalah satu masalah besar yang bakal akan berlaku jika sesuatu tindakan tidak diambil. Zaman yang serba pantas ini tindakan awal perlu dilakukan segera didalam apa saja perkara lebih-lebih lagi yang melibatkan masa depan anak-anak.

Masih tidak kenal huruf dan nombor apabila menjejak kaki ke tahun satu adalah satu perkara yang perlu dibimbangi oleh semua ibubapa. Jika menyorot kembali dizaman 30 atau 40 tahun yang lalu, ia bolehlah dianggap sebagai normal kerana dimasa itu kanak-kanak tidak menghadapi cabaran persaingan dikalangan rakan sebaya kerana tahap pemikiran dan maklumat yang masing-masing ada adalah sama. Namun ianya masih lagi menjadi satu masalah dan gangguan kepada guru jika ada segelintir yang terlalu lambat menerima pembelajaran. Maka atas inisiatif guru mewujudkan satu kelas untuk pelajar didalam kategori ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

Sesuai dengan maklumat dan persekitaran dizaman itu, ibubapa hanya sekadar risau akan keputusan peperiksaan dan kedudukan nombor yang diterima. Ibubapa seratus peratus menyerahkan soal pembelajaran kepada pihak sekolah. Apa saja yang diajar itulah yang terbaik tanpa ada bantahan atau persoalan dari mereka. Tidak dinafikan bahawa membaca dan menulis adalah satu jambatan untuk menjadi seorang yang bijak dan pandai. Kegagalan menguasainya merupakan perkara yang amat "teruk" yang telah mereka lakukan terutama dizaman sekarang. Ia boleh diibaratkan menjadi hamba kepada orang disekeliling ******.

Menjawab kepada persoalan adakah ibubapa lebih terkehadapan dalam menilai kemampuan anak-anak? Jawapannya YA dan ia seharusnya dilakukan oleh setiap ibubapa sekarang. Mungkin lebih baik jika ibubapa maju selangkah kehadapan lebih awal dengan membuat persiapan sebelum anak-anak memasuki tahun satu. Ini adalah satu bonus untuk mereka kerana maklumat yang ada dipersekitaran kita sekarang cukup banyak dan amt mudah diperolehi. Adakalanya ia tidak termampu untuk dikawal apatah lagi untuk ditapis.

Semakin banyak maklumat diperolehi semakin banyak yang mereka ketahui dan semakin banyak persoalan yang akan dilontarkan dan semakin pening ibubapa menangkis dan menerangkannya. Itu belum lagi berkaitan dengan akidah, akhlak dan sebagainya. Adakah perlu ibubapa menunggu sehingga anak memasuki tahun satu baru mula bertindak?

Anak-anak yang membesar dihadapan mata ibubapa, secara amnya ibubapa dapat memahami kemampuan dan kelemahan anak-anak mereka. Justeru tiada persoalan yang perlu dibangkitkan siapa yang lebih "overacting" didalam memberi pembelajaran dan pendidikan kepada mereka. Inisiatif ibubapa ini wajar disokong kerana ia banyak manfaat dan membantu terutama kepada pihak sekolah kerana ia tidak lagi memberi gangguan kepada guru untuk meneruskan pembelajaran mengikuti silibus yang telah dirancang.

Mungkin kata-kata Alvin Tofler tentang keadaan masa kini dimana buta huruf bukan lagi tertumpu kepada tidak mengenal nombor dan abjad sahaja tetapi telah ditambah satu lagi iaitu mencari dan mendapatkan maklumat. Jika buta huruf tidak tahu membaca dan menulis pun sudah terlalu sukar apatah lagi kini jika tidak tahu membaca , menulis dan mencari sumber maklumat.....agak-agak anda bagaimana situasi ini akan dihadapi oleh anak-anak kita. Mungkinkah mereka akan menjadi hamba abdi dizaman ini ( lihat perenggan bertanda ****** ).




ps :  Sifir Master - The Art Of Multiplication merupakan satu kaedah mudah untuk anak-anak anda menguasai Asas Kemahiran Matematik didalam Topik Pendaraban yang telah disusun mengikut Kaedah Matematik Kreatif yang telah dipelopori sejak tahun 1998 lagi.

Sifir dan darab antara halangan awal untuk pelajar menguasai Matematik dengan cemerlang. Jika mereka begitu fobia kepada matematik terutama anak-anak yang masih berada diperingkat rendah, cuba anda selidiki tahap penguasaan mereka didalam sifir dan darab kerana inilah punca utamanya sebelum mereka melarat membenci topik pembelajaran seterusnya seperti bahagi,pecahan,peratus dan sebagainya dimana didalam topik ini ia melibatkan penggunaan sifir dan darab didalam pembelajarannya.

Buku Sifir Maste - The Art Of Multiplication merupakan sebuah buku yang menerangkan kaedah mudah, pantas dan tepat menguasai sifir dan pendaraban yang perlu mereka kuasai.

Meh! Baca Lagi Kat Sini...

Monday 3 December 2012

Gaya Belajar

Para ibubapa sekelian jangan terkejut tentang kaedah atau teknik pembelajaran sesuatu perkara. Belajar sifir juga tidak terlepas dengan berbagai kaedah, teknik dan gaya belajar. Semuanya bagus cuma terpulang kepada kita untuk mengaplikasikannya.

Antara teknik dan kaedah menguasai sifir yang dapat kita pelajari ialah melalui gaya berirama, teknik kreatif seperti sifir master, mnemonik dan sebagainya.Semuanya ini amat bagus untuk pelajar terokai kerana ia adalah salah satu cabang ilmu yang boleh kita aplikasikan seandainya kita serasi dan faham akan kaedahnya. Salah satu contoh untuk belajar matematik gaya Jack Black sebagai satu rekreasi minda kita. Jom layan


  


Maklumat untuk ibubapa :


Ini adalah hasil keputusan salah seorang pelajar yang mengikuti Bengkel Sifir Master. Sebanyak 15 soalan perlu diselesaikan didalam tempoh 5 minit dan pelajar ini merupakan orang yang terakhir menyerah kertas jawapannya. Hanya satu sahaja yang salah dan yang kami rasa kagum ialah beliau baru berusia 6 tahun. Maklumat lanjut tentang Bengkel Sifir Master dan Buku Sifir Master sila lawati laman web ini. Sifir Master Hostyria.


Meh! Baca Lagi Kat Sini...

Wednesday 31 October 2012

Bedah Otak Sendiri

Semasa mula saya mempelajari teknik sifir master disekitar awal tahun 2005,berguru dengan orang yang saya anggap sebagai mentor didalam dunia kreativiti, acapkali beliau bercerita tentang fungsi dan kelebihan kedua belah otak kita disetiap pertemuan.

 Apabila mendengar penerangan tentang otak kanan dan kiri, saya sekadar mengangguk tanda faham namun hakikatnya saya sendiri tidak tahu apakah fungsi sebenarnya. Sekadar membaca dan mencatat nota yang saya anggap sebagai ilmu pengetahuan yang baru saya ketahui.

 Benda yang kita tidak nampak, bagaimana hendak membuktikan atau setidak-tidaknya menguji serba sedikit akan fungsinya. Sewaktu itu amat dengkil sekali ilmu tentang hal ini.

 Bagi pendapat saya, otak adalah satu benda yang cukup kompleks. Ia adalah satu anugerah dari Allah Yang Maha Esa untuk hamba-hambanya dan inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan.

 Dikhabarkan bahawa kehebatan teknologi yang ada didunia sekarang adalah hasil dari pemikiran yang dikeluarkan oleh otak yang baru digunakan tidak sampai 10% daripada kapasiti sebenarnya. Bayangkan jika kita menggunakan lebih daripada itu, insya Allah dengan izin Allah Yang Maha Kuasa, kecanggihan ciptaan manusia mungkin tidak dapat dibayangi lagi.

 Kajian juga mendapati bahawa manusia hanya menggunakan kamampuan otaknya kurang dari 1%. masih banyak lagi ruang-ruang kosong yang tidak disentuh. Seumpama hotel mewah yang mempunyai bilik-bilik berstatus tujuh bintang yang tidak pernah disewa orang. Amat sayang sekali bilik yang mahal tidak pernah digunakan dan lebih malang lagi ia tidak terjaga dan penuh dengan habuk dan debu.

 Kajian daripada pakar otak menunjukkan bahawa andai kata anda menggunakan kemampuan otak sehingga kapasitinya mencecah 8% sahaja daripada keseluruhannya, anda mampu menjadi seorang professor di lapan cabang ilmu yang berbeza dan anda juga dapat menguasai 18 bahasa asing. Subhanallah! 

Namun sejak akhir-akhir ini pandangan saya terhadap isu ini berubah secara total dan minat saya terhadap otak kanan dan kiri semakinhari semakin meluap-luap. Sejak tahun lepas lagi saya mula mencari dan mengumpul bahan dan informasi berkaitan dengan kelebihan otak kanan dan kiri. Berbagai jenis buku dan artikel yang saya baca. Tidak cukup dengan itu,sebuah buku yang saya pinjam dari perpustakaan awam berdekatan hampir 4 bulan baru saya kembalikan. Terima kasih kepada staff dibahagian pinjaman kerana membenarkan saya membuat pinjaman . :)


 "There is a Genius in all of us". 

 Setiap daripada kita mempunyai potensi untuk menjadi seorang yang bijaksana kerana kita dikurniakan otak dan kapasiti yang sama. Dianggarkan otak kita terdiri daripada 1 trillion sel otak dan termasuk 100 - 200 ribu adalah sel otak aktif yang dikenali sebagai neuron dan bakinya adalah sel penyokong.

 Setiap neuron dapat membentuk jaringan antara satu sehingga 100,000 neuron dalam pelbagai cara. Apabila seseorang itu menjadi semakin cerdas dan kreatif maka jaringan neuronnya menjadi lebih banyak berbanding individu yang kurang kreatif dan cerdas.

 Menurut Prof. Pyotr Anokhin, beliau menyatakan bahawa otak kita mampu mengingat nombor 1 yang diikuti nombor 0 yang disusun sepanjang 10,500,000 km.Subhanallah dan isunya disini bagaimana teknik atau kaedah yang perlu digunakan untuk meningkatkan kapasiti lebih daripada 1% keatas. Hmmmmm p/s : Dah faham bagaimana nak operate otak kiri dan kanan. Insya Allah akan dishare disini :)



Meh! Baca Lagi Kat Sini...

Wednesday 10 October 2012

Wow! Hebatnya Mama

Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sudah lama saya tidak menulis disini. Sibuk :P Itulah jawapan skema untuk anda.  Sebenarnya saya tidak pandai membahagi masa apabila diterjah dengan kerja demi kerja. :)

 Jangan membuang masa, hari ini saya ingin berkongsi teknik bagaimana ingin menarik perhatian anak anda. Dalam maksud yang sama teknik dan kaedah ini boleh membuat anak anda menjerit WOW! Hebatnya mama! dan tunggu keesokkan hari dia akan jaja kisah ini kepada kawan-kawannya setidak-tidak selama seminggu. Insya Allah.

 Ok kita teruskan. Lihat pic dibawah



untuk tunjukkan kehebatan anda kepada anak-anak sila ikuti langkah-langkah berikut,

Langkah 1.
Pilih satu soalan yang berkaitan dengan operasi tambah. Melibatkan angkan 10,000. Lihat pic diatas. Soalannya ialah  10, 000 -  4926 adalah.......

Langkah 2.
Untuk mendapatkan jawapan yang pantas, cuba ikuti "flow" diatas. Anda perlu lakukan operasi tolak bermula dengan angka 4 iaitu ( 9 - 4 = 5 ) diikuti ( 9 - 9 = 0 ), diikuti ( 9 - 2 = 7 ) dan yang terakhir anda perlu "tolak" dengan angka 10 iaitu ( 10 - 6 = 4 ). Selesai!

Anda boleh lakukan teknik ini hanya didalam minda sahaja. Ikut turutan.

Contoh seterusnya




Ini untuk soalan 1000 dan di "tolak" dengan ratus ( 463 ).

Akhir sekali. Rujuk pic dibawah.




Ini untuk soalan 1000 di:tolak" dengan "puluh" ( 67 ).
Lihat dan ikuti arahan. OK

Jumpa lagi.






Meh! Baca Lagi Kat Sini...