Thursday 3 November 2011

Creative Minds ( Part One )

Kelaziman kita sering menyalahkan otak sendiri jika gagal mengingati atau lupa sesuatu perkara. Adalah baik baginya menyalahkan otak sendiri daripada menyalahkan otak orang lain. Betulkan :P


Berbeza pula dengan pandangan oleh Harry Lorayne iaitu salah seorang penghibur dan pakar daya ingatan. Beliau menyatakan bahawa,"Daya ingatan yang kurang itu sebenarnya tidak wujud".
Istilah daya ingatan yang kurang boleh disimpulkan sebagai lemah, lupa, lembab, tidak ingat dan sebagainya.

Seterusnya beliau juga menerangkan bahawa daya ingatan itu boleh diumpamakan seperti seorang ahli sukan bina badan. Semakin ia berlatih mengangkat bebanan berat maka semakin kekarlah otot-ototnya.

Kenyataan yang agak mengejutkan dari beliau ialah, " daya ingatan yang lemah itu adalah alasan utama bagi sesiapa yang malas untuk belajar dan berubah".
Jadi hari ini jika ada dikalangan kita menyatakan bahawa dia agak lemah didalam mengingat, sering lupa dan sebagainya maka tahulah kita dia tergolong didalam golongan mana.

Untuk membina daya ingatan yang kuat hanya dua perkara sahaja perlu diketahui.Mungkin selama ini kita tidak ketahui bahawa sesiapa sahaja mampu mengingati apa saja jika dia memahami, mempelajari dan mengaplikasikan teknik mudah ini.

Rahsia membina daya ingatan yang hebat ialah dengan melatih daya ingatan anda. Didalam perbincangan membina daya ingatan, hanya dua perkara yang perlu diketahui iaitu daya ingatan terlatih dan daya ingatan tidak terlatih.

Seumpama ahli bina badan yang perlu mempunyai rutin harian yang berat didalam latihannya untuk memastikan otot sentiasa segar dan kekar begitulah juga dengan daya ingatan yang memerlukan sedikit latihan dan pengetahuan. Bezanya cuma untuk membina daya ingatan yang kuat adalah lebih mudah dan cepat berbanding membina otot pada badan.

Apakah daya ingatan terlatih ?

Mungkin sebelum ini dizaman persekolahan kita semua telah pun mempelajarinya cuma mungkin tidak pernah diterangkan dengan jelas apakah itu daya ingatan terlatih. Ingatan terlatih adalah satu teknik atau kaedah yang digunakan untuk melatih daya ingatan agar dapat mengingati sesuatu dengan lebih cepat dan dapat disimpan lama didalam memori.

Dan ini yang saya pelajari ditahun 1985 sebelum menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5 mengenai susunan dan nama bagi planet.

Untuk Kau Bawa Makan Minum Zaidi Untuk Naik Perahu - Utarid Kejora ( Venus ) Bumi Marikh Musytari Zuhal Uranus Neptun Pluto

Salah satu teknik atau kaedah membina daya ingatan yang selama ini kita tidak begitu memberi tumpuan untuk mengaplikasinya didalam pembelajaran. Inilah sebahagian daripada teknik dan kaedah untuk membina daya ingatan terlatih. Insyaa Allah next post akan kita bincangkan bagaimana Harry Lorayne menggunakan teknik dan kaedahnya sehingga begitu dikagumi ramai.

Kesimpulan
Daya ingatan terlatih adalah teknik atau kaedah yang kita gunakan untuk menghafal atau mengingati apa saja. Jika kita gunakan sesuatu cara yang kita sendiri faham dan yang kita sendiri reka untuk memudahkan mengingati sesuatu perkara atau benda itulah yang dimaksudkan dengan daya ingatan terlatih.

Assalam mualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan jumpa lagi.

Sedikit perkongsian dari Al-Quran

Maksud Firman Allah SWT,
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu berpiutang dengan suatu piutang, hingga masa yang ditetapkan, hendaklah kamu tuliskan, dan hendaklah seorang penulis diantaramu menuliskannya dengan keadilan. Janganlah enggan penulis itu menuliskannya, sebagaimana Allah telah mengajarkan kepadanya, sebab itu hendaklah ia menuliskan; dan hendaklah membacakan orang yang berhutang( akan hutangnya kepada penulis ) dan hendaklah ia takut kepada Allah tuhannya, dan janganlah dikurangkan hak orang sedikitpun. Kalau orang yang berhutang itu bodoh,lemah atau tiada kuasa membacakan, hendaklah walinya membacakan dengan keadilan. Persaksikanlah piutang itu dengan dua orang saksi laki-laki, cukuplah seorang laki-laki dan dua orang perempuan diantara orang-orang yang kamu sukai menjadi saksi-saksi, kerana jika lupa salah seorang diantara keduanya, teringat oleh yang lain. Jangan enggan saksi-saksi itu, bila mereka dipanggil orang. Janganlah kamu malas menulis piutang itu, baik sedikit ataupun banyak, hingga sampai janjinya.Demekian itu lebih adil disisi Allah dan lebih menguatkan kepada saksi dan lebih dekat kepada tiada keraguan, kecuali perniagaan yang tiada berjanji, yang kamu perputarkan diantara kamu, maka tiada berdosa kamu, jika tiada kamu tuliskan. Persaksikanlah apabila kamu berjual beli. Jangan diberati penulis dan saksi itu. Jika kamu perbuat, nescaya kamu menjadi fasik. Takutlah kepada Allah dan Allah mengajarkan kepadamu. Dan Allah Maha mengetahui bagi tiap-tiap sesuatu.~ Surah Al-Baqarah, ayat 282~







No comments:

Post a Comment