Wednesday 28 December 2011

Teknik Makan Songsang


Tembikai a.k.a watermelon bukan sekadar buah.  Disebabkan keunikannya ia turut dijadikan nama sebuah band muzik. Apapun tembikai adalah buah yang cukup enak untuk dimakan dalam pelbagai gaya.Namun ramai sebahagian daripada kita yang masih kurang info bagaimana gaya-gaya unik untuk menikmati salah satu buah kesukaan Rasullullah s.a.w.

Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada banyak kebaikan. ianya makanan, minuman, merangsang kepada pertumbuhan gigi, pembersih pundi-pundi kencing, penambah air tulang belakang, membersihkan kulit, menghindari sejuk dan sebagai pewangi".

Khasiat yang terkandung didalam tembikai

  • Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.
  • Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
  • Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. 
  • Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. 
  • Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah. Sumber

Gaya Memakan Tembikai
Sebaik-baik memakan buah tembikai ialah dengan cara mengigit dengan gigi berbanding dengan memotong kepada kecil-kecilan kerana buah ini merupakan buah yang terbaik kurniaan Allah untuk membersihkan mulut, memutihkan gigi dan mendatangkan rahmat kepada jantung.

Songsangnya kita apabila memakan tembikai selepas makan ( samada  waktu lunch atau dinner ) seperti yang diajarkan selama ini iaitu memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan. Makanlah tembikai sebelum makan kerana ia akan akan membersihkan mulut dan mengeluarkan penyakit.






Dikhabarkan 100 mg tembikai mengandungi antara lain:
Kalsium - 7 mg
Karbohidrat - 7.55 gm
Lemak - 0.15 gm
Fluorida - 1.5 mcg
Besi - 0.24 mg
Magnesium - 10 mg
Fosforus - 11 mg
Potasium - 112 mg
Protein - 0.61 gm
Sodium - 1 mg
Gula - 6.20 gm
Renungan,
Satu hari Rasulullah s.a.w telah dihadiahkan sebiji tembikai Taif, lalu baginda menciumnya seraya berkata " makanlah ini dengan gigi kamu kerana ini adalah antara perkara yang halal diatas bumi. Airnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga".

Rasulullah s.a.w berada bersama sekumpulan sahabat pada suatu hari dan baginda bersabda, " Allah merahmati orang yang memberi makan kita dengan buah tembikai ini". Lalu bangun Sayidina Ali k.w dan membawa beberapa buah tembikai tambahan. Rasulullah dan para sahabat pun terus memakannya. Kemudian baginda bersabda, " Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan".
Sumber Panduan Mencerdaskan Minda/Siti Nor bahyah Mahamood & Jaafar Salleh/Telaga Biru/cetakan 2005/mukasurat68

No comments:

Post a Comment