Sebut dapur semua orang akan teringat ibu. Ibu dan dapur bagaikan tidak dapat dipisahkan. Sesibuk mana sekalipun ibu pasti akan menjengok dapur meskipun ia berstatus sebagai ibu bekerjaya. Biar pun dapur warga pasca moden diurus oleh bibik atau pembantu rumah, dapur tetap akan diperiksa malah lebih ketat mengikut prosedur sebagai langkah keselamatan terutama yang hartawan.
Kenapa ceruk dapur?
Istilah orang tua-tua dahulu, ceruk dapur adalah khusus untuk orang perempuan. Disitulah mereka bekerja menyediakan juadah makanan. Disitulah juga tempat ibu mencurahkan kasih sayang dan pendidikan tak lupa juga sebagai tempat siksaan seperti didalam filem-filem Melayu dahulu. Saiz keluasan ceruk dapur dahulu adalah berdasarkan kepada keluasan rumah. Juga mengikut kebangsawanan seseorang. Lagi berharta maka besarlah ceruk dapurnya. Apatah lagi jika berdarah raja mungkin tidak langsung mengenal dimana ceruk dapur dek kerana istana besar yang tersergam indah.
Ceruk dapur juga dianggap sebagai tempat yang terbelakang, seboleh-bolehnya ia perlu disorokkan dari pandangan orang terutama tetamu. Meskipun sekecil mana sekalipun rumah atau teratak,bahagian dapur akan dihadang sekurang-kurangnya dengan kain langsir agar pandangan mata tetamu tidak terus menuju ke situ. Begitulah halus sekali masyarakat Melayu dahulu. Filem Melayu seperti bawang merah bawang putih, musang berjanggut dan sebagainya boleh dijadikan rujukan melihat suasana dan gaya dapur mereka.
Mungkin istilah dan makna katak dibawah tempurung adalah saudara terdekat kepada istilah diceruk dapur untuk menunjukkan betapa tertutupnya kawasan tersebut termasuk isi didalamnya. Jika boleh diumpamakan seperti barang, ia akan menjadi barang yang tidak pernah diusik, ditayang,disembunyi dan juga suci.
Namun ragam manusia masakan dapat menahan gelodak nafsu. Lebih-lebih lagi si dara yang meningkat remaja. Adakalanya jiwa raga memberontak mengidamkan suasana seumpama syurga. Istilah seperti jangan menyanyi didapur nanti berkahwin dengan orang tua mungkin mampu menerangkan perubahan suasana yang semakin berkembang. Jika tiada si dara yang hanya sekadar bersuka menyanyi masakan terbit istilah tersebut. Tak pernah terdengar istilah jangan mengaji didapur? Bukan.
Apakah yang mampu dipelajari hanya dari ceruk dapur?
Dahulu sebelum sistem pendidikan direncanakan secara sistematik, disinilah ibu-ibu mengomel mendidik dan mengajar anak-anak. Sambil-sambil menanak nasi atau menjerang air dan sebagainya maka diajarlah anak-anak terutama si dara tentang cara dan kaedah pengurusan rumahtangga. Mungkin istilah pengurusan rumahtangga tidak digunakan pada masa tersebut tetapi intipati dan konsep apa yang diajar ialah banyak berkaitan dan berkisar dengan ilmu-ilmu seperti memasak, membasuh, mengemas dan sebagainya. Perkembangan semasa sewaktu itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Apa lagi yang boleh diajar oleh ibu selain daripada kerja-kerja rutin yang dilakukan saban hari dan itulah yang diperturunkan kepada anak-anak.
Diwaktu malam tugas mendidik diteruskan lagi oleh bapa. Mengaji dan solat menjadi rutin dimalam hari. Disinilah segala nasihat, cerita dan teguran disampaikan. Bapa yang bekerja disiang hari hanya mampu mendidik di waktu malam mungkin semasa bersama-sama menjamah hidangan makan malam adalah masa berkualiti mereka. Semua aktiviti ini dilakukan diruang tamu bukannya didapur. Kenapa? Mungkin halusnya budi perkerti masyarakat Melayu dahulu untuk menunjukkan rasa hormat kepada bapa jadi makanan dihidangkan di ruang tamu agar selesa.
Itu semua adalah senario mungkin yang berlaku dahulu. Semua adalah dari PENDAPAT PENULIS sendiri.
Bagaimana pula dengan cerok dapur warga moden hari ini?
Lagi open dapur atau kitchen lagi baik sebab nak tunjuk kat tetamu apa yang dah i renovate. itu kata seorang teman.
Rumah sekarang dapurnya sudah tidak lagi tercerok. Semuanya telah diubahsuai malah ada yang tidak pernah berasap sebaliknya untuk memasak dibina satu lagi tempat khusus untuk memasak yang dipanggil dapur basah. Dapur yang tidak pernah digunakan untuk memasak hanya untuk tontonan sahaja sebab semuanya adalah barang-barang mahal dan ditempah pula rekabentuknya. Entah saya pun tidak berapa pasti. Ini pun maklumat dari teman.
Dunia telah berubah begitu juga dengan dapur. Masyarakat sekarang tidak berapa kisah jika mata tetamu terus melihat ke dapur. Malah rumah seperti apartmen adakalanya bersekali dengan ruang makan dan tamu. generasi sekarang sudah tidak menghiraukan dimana ceruk dapur anda. Semakin terbuka dan mungkin ceruk dapur menjadi ayat untuk lelucon sahaja. ( nah istilah lelucon ditampalkan???)
Dari cerok dapur moden banyak aktiviti yang dilakukan seperti berniaga, menonton tv, chatting, ber facebook, ber tweeter, kelas memasak dan sebagainya. Itulah yang dilakukan sekarang berbanding dahulu. Dek disebabkan perubahan dari segi bentuk dan jenis rumah sehinggalah ke minda maka yang dahulu diceruk-ceruk kan kini berubah menjadi satu bahagian yang ditayang-tayangkan.
Bersambung untuk Bahagian ke-2,
Wednesday, 11 January 2012
Dari Ceruk Dapur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum;
ReplyDeletePerkembangan pembangunan di Malaysia yang turut menerima tempias hasil dari globalisasi telah menyebabkan masyarakat Melayu moden turut menerima konsep rumah ala Barat terutama tindakan swasta menyiapkan rumah-rumah di kawasan perumahan tanpa berpaksikan budaya dan tradisi tempatan. Contohnya, sesetengah rumah semi-D yang didiami kakitangan perkhidmatan awam di Putrajaya menggunakan konsep pembinaan rumah di Australia - dapur dan ruang tamu disekalikan hanya dipisahkan oleh separuh dinding seperti sebuah bar.
Ye betul :)
ReplyDelete