Wednesday 15 February 2012

Perbezaan


Imam Ghazali pernak berkata bahawa akal adalah kekuatan pemikiran semulajadi yang dikurniakan Allah kepada manusia supaya dengannya manusia dapat mengenali hakikat sesuatu perkara.
Akal ialah alat untuk menguasai ilmu.

Mengapa perlu menguasai ilmu dari harta lihat perbezaan berikut,
1. Harta adalah warisan manusia seperti Qarun, Firaun atau Syidad manakala ilmu adalah warisan nabi-nabi.
2. Orang yang berharta banyak musuhnya sedangkan orang yang berilmu ramai sahabatnya.
3. Harta jika diberi kepada orang lain akan berkurangan manakala ilmu jika disebarkan ia akan terus bertambah.
4. Orang yang berharta seringkali digelar bakhil manakala orang yang berilmu digelar kariim ( mulia ).
5. Harta perlu dijaga manakala ilmu sebaliknya.
6. Orang yang berharta akan dihisab manakala orang yang berilmu akan mendapat syafaat.
7. Harta akan rosak dimamah zaman manakala ilmu akan bersinar sepanjang zaman.
8. Harta mengeraskan hati sedangkan ilmu membentuk hati yang tawadduk.
9. Harta menyebabkan manusia merasa diri seperti tuhan sedangkan ilmu membuat manusia sentiasa tawadduk seperti hamba.

Diriwayatkan oleh Ka'ab dan Abu Hurairah bahawa mereka datang dan bertanya kepad rasullullah s.a.w
"Wahai Rasullullah, siapakah orang yang paling pintar?"
Rasullullah s.a.w menjawab,"Orang yang berakal."
Mereka bertanya lagi,"Siapakah orang yang paling berbakti?"
Rasullullah s.a.w menjawab, "Orang yang berakal".
Mereka bertanya lagi,"Siapakah orang yang paling utama?".
Rasullullah s.a.w menjawab,"Orang yang berakal kerana setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin adalah akal".

Sesungguhnya akal ialah alat untuk menguasai ilmu.

No comments:

Post a Comment