Wednesday, 31 October 2012

Bedah Otak Sendiri

Semasa mula saya mempelajari teknik sifir master disekitar awal tahun 2005,berguru dengan orang yang saya anggap sebagai mentor didalam dunia kreativiti, acapkali beliau bercerita tentang fungsi dan kelebihan kedua belah otak kita disetiap pertemuan.

 Apabila mendengar penerangan tentang otak kanan dan kiri, saya sekadar mengangguk tanda faham namun hakikatnya saya sendiri tidak tahu apakah fungsi sebenarnya. Sekadar membaca dan mencatat nota yang saya anggap sebagai ilmu pengetahuan yang baru saya ketahui.

 Benda yang kita tidak nampak, bagaimana hendak membuktikan atau setidak-tidaknya menguji serba sedikit akan fungsinya. Sewaktu itu amat dengkil sekali ilmu tentang hal ini.

 Bagi pendapat saya, otak adalah satu benda yang cukup kompleks. Ia adalah satu anugerah dari Allah Yang Maha Esa untuk hamba-hambanya dan inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan.

 Dikhabarkan bahawa kehebatan teknologi yang ada didunia sekarang adalah hasil dari pemikiran yang dikeluarkan oleh otak yang baru digunakan tidak sampai 10% daripada kapasiti sebenarnya. Bayangkan jika kita menggunakan lebih daripada itu, insya Allah dengan izin Allah Yang Maha Kuasa, kecanggihan ciptaan manusia mungkin tidak dapat dibayangi lagi.

 Kajian juga mendapati bahawa manusia hanya menggunakan kamampuan otaknya kurang dari 1%. masih banyak lagi ruang-ruang kosong yang tidak disentuh. Seumpama hotel mewah yang mempunyai bilik-bilik berstatus tujuh bintang yang tidak pernah disewa orang. Amat sayang sekali bilik yang mahal tidak pernah digunakan dan lebih malang lagi ia tidak terjaga dan penuh dengan habuk dan debu.

 Kajian daripada pakar otak menunjukkan bahawa andai kata anda menggunakan kemampuan otak sehingga kapasitinya mencecah 8% sahaja daripada keseluruhannya, anda mampu menjadi seorang professor di lapan cabang ilmu yang berbeza dan anda juga dapat menguasai 18 bahasa asing. Subhanallah! 

Namun sejak akhir-akhir ini pandangan saya terhadap isu ini berubah secara total dan minat saya terhadap otak kanan dan kiri semakinhari semakin meluap-luap. Sejak tahun lepas lagi saya mula mencari dan mengumpul bahan dan informasi berkaitan dengan kelebihan otak kanan dan kiri. Berbagai jenis buku dan artikel yang saya baca. Tidak cukup dengan itu,sebuah buku yang saya pinjam dari perpustakaan awam berdekatan hampir 4 bulan baru saya kembalikan. Terima kasih kepada staff dibahagian pinjaman kerana membenarkan saya membuat pinjaman . :)


 "There is a Genius in all of us". 

 Setiap daripada kita mempunyai potensi untuk menjadi seorang yang bijaksana kerana kita dikurniakan otak dan kapasiti yang sama. Dianggarkan otak kita terdiri daripada 1 trillion sel otak dan termasuk 100 - 200 ribu adalah sel otak aktif yang dikenali sebagai neuron dan bakinya adalah sel penyokong.

 Setiap neuron dapat membentuk jaringan antara satu sehingga 100,000 neuron dalam pelbagai cara. Apabila seseorang itu menjadi semakin cerdas dan kreatif maka jaringan neuronnya menjadi lebih banyak berbanding individu yang kurang kreatif dan cerdas.

 Menurut Prof. Pyotr Anokhin, beliau menyatakan bahawa otak kita mampu mengingat nombor 1 yang diikuti nombor 0 yang disusun sepanjang 10,500,000 km.Subhanallah dan isunya disini bagaimana teknik atau kaedah yang perlu digunakan untuk meningkatkan kapasiti lebih daripada 1% keatas. Hmmmmm p/s : Dah faham bagaimana nak operate otak kiri dan kanan. Insya Allah akan dishare disini :)


1 comment: