Showing posts with label pelajar. Show all posts
Showing posts with label pelajar. Show all posts
Saturday, 26 November 2011
Selangkah Ke Alam Pembunuh
Pembunuhan adalah satu jenayah yang paling kejam. Apatah lagi jika ia melibatkan nyawa yang tidak berdosa.Pembunuhan pertama didalam sejarah manusia ialah antara Habil dan Qabil yang terdapat didalam Al-Quran.
Lupa juga boleh dianggap sebagai pembunuh.
Begitu berat tuduhan yang dilemparkan, Apakah relevannya tuduhan seperti itu dihembur?
Lupa adalah pembunuh didalam diri sesiapa sahaja tanpa mengira status, jantina, profession dan sebagainya. Cuba bayangkan apa akan terjadi jika pelajar yang sedang mengambil peperiksaan tiba-tiba terlupa segala informasi atau jawapan didalam mindanya. Tidakkan itu "membunuh" keputusannya nanti.
Bagaimana pula jika situasi ini terjadi kepada guru, doktor, pilot, peguam dan sebagainya. Semakin tinggi dan penting posisi atau profession kita semakin besarlah kesan kepada hasil keputusan nanti.Guru memberi kesan kepada anak murid, doktor kepada pesakit, pilot kepada penumpang, peguam kepada masyarakat dan seterusnya.
Namun ini hanyalah situasi gambaran didalam minda sahaja. Realiti didalam profession apa saja mempunyai mekanisma pembuat keputusannya sendiri. Setiap keputusan yang bakal diambil dianalisa, dikaji atau setidak-tidaknya mendapat sedikit info dan gambaran apa yang bakal terjadi agar dapat bersedia terlebih dahulu. Seseorang yang bijak akan membuat persediaan didalam apa saja situasi.
Berbalik kepada LUPA. Apa dan kenapa terjadi?
Lupa atau terlupa adalah berkaitan dengan ingatan. Ingatan yang kuat seringkali dianggap sebagai bijak dan begitulah sebaliknya. Sebagai perumpamaan cuba bayangkan sebuah komputer.Setiap komputer mempunyai ingatan yang dipanggil memory. Semakin besar ruang penyimpanan semakin banyaklah yang dapt disimpan.Untuk penyimpanan ini ia mempunyai beberapa proses yang perlu dilakukan untuk memastikan ingatannya berfungsi samada untuk jangkamasa pendek ataupun panjang. Untuk memastikan kelancaran ini ia memerlukan satu sistem yang digelar sebagai sistem memproses maklumat.
Sistem memproses maklumat mempunyai tiga elemen penting iaitu TERIMA, SIMPAN dan GUNA. Bagi memastikan sistem ini beroperasi ia memerlukan satu perkara penting yang dipanggil MAKLUMAT yang perlu diberikan kepadanya. Tanpa maklumat ketiga-tiga elemen ini tidak akan berfungsi.
Begitulah juga dengan ingatan didalam otak kita. Namun perbezaannya amat ketara kerana otak adalah anugerah Allah yang tiada tolak tandingnya.
Lupa terjadi disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak sempurna. Bagaimana sistem pemprosessan untuk memproses jika maklumat yag diterimanya tidak sempurna. Maklumat tersebut akan hilang dengan cepat disebabkan pemprosessan tidak dapat memberi tumpuan kepadanya.
5 Perkara yang boleh menyebabkan maklumat yang diterima tidak sempurna. Antaranya ialah
1. Kurang memberi tumpuan.
2. Kurang memberi penelitian.
3. Tiada minat.
4. Fikiran melayang atau berkhayal.
5. Sudah lama berlalu dan tidak diulang.
Natijah daripada 5 perkara diatas akan menyebabkan anda mengalami masalah LUPA.
Kesimpulan asas kepada pembentukkan daya ingatan yang kuat ialah dengan memahami punca diatas. 5 punca diatas adalah merupakan gangguan kepada sistem memproses maklumat untuk bekerja.
Jadi sebagai pelajar untuk menghindari penyakit LUPA pelajar perlulah memastikan segala maklumat yang diterima hendaklah...
1. Memberi tumpuan.
2. Memberi penelitian.
3. Berminat sepenuhnya.
4. Fikiran perlu fokus.
5. Perlu diulang.
...agar Sistem pemprosessan dapat memastikan dimana perlu diletakkan maklumat tersebut dan bersedia digunakan pada bila-bilamasa sahaja.
Jumpa lagi dan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua.
Meh! Baca Lagi Kat Sini...
Monday, 17 October 2011
Bodmas ?
Mana yang betul ?
Selesaikan soalan berikut, 3 + 8 X 9 = ?
Jawapan yang manakah betul?
a. 99 b. 75 c. Tak tau!
Jika anda menekan jawapan diatas menggunakan calculator scientific kemungkinan
jawapannya adalah betul. Namun jika sebaliknya ternyata calculator anda itu jenis cap ayam.
Soalan diatas memerlukan jalan penyelesaian menggunakan Hukum BODMAS
BODMAS Secara ringkasnya adalah susunan turutan operasi penyelesaian didalam
permasalahan matematik
BODMAS adalah singkatan kepada :
Brackets ( Kurungan )
Orders ( adalah operasi seperti kuasa dan punca kuasa )
Division ( Bahagi)
Multiplication ( Darab )
Addition (Campur)
Subtraction ( Tolak )
Berdasarkan soalan 3 + 8 X 9 = ?
Jalan penyelesaiannya,
1. Selesaikan darab dahulu - 8 X 9 = 72
2. Selesaikan tambah - 3 + 72 = 75
Jika soalan begini,
Contoh soalan,Selesaikan, 6 X ( 2 + 4 )
Penyelesaian
Berdasarkan BODMAS. Selesaikan didalam KURUNGAN dahulu
6 X ( 2 + 4 ) =
6 X ( 6 ) =
6 X 6 = 36
Antara kesalahan kecil pelajar-pelajar semasa menjawab soalan matematik ialah terlupa Hukum BODMAS yang perlu mereka ikuti didalam setiap jalan penyelesaian.
Meh! Baca Lagi Kat Sini...
Subscribe to:
Posts (Atom)




