Tuesday 25 October 2011

Keliru dan Mental Block...Antara Tips Penyelesaian

Berikut adalah soalan sifir yang cukup mudah,

1. 6 X 8 =
2. 6 X 7 =
3. 7 X 8 =
4. 8 X 9 =
5. 9 X 7 =

Namun apabila soalan-soalan diatas disoal secara spontan rata-rata pelajar akan terbantut untuk menjawabnya disebabkan terlupa, keliru, baru mula menghafal dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman didalam mengendalikan Seminar Matematik Kreatif diantara soalan-soalan yang sering membuat pelajar keliru.

Jika kekeliruan atau "mental block" terjadi disaat kita menjawab peperiksaan,apakah tindakan yang perlu dilakukan?

Banyak jalan-jalan penyelesaian yang boleh dilakukan antaranya seperti

1. Ulang semula membaca hafalan sifir dari mula.
2. Buat rajah T-Table untuk sifir yang terlupa
3. Membuat semula operasi menambah atau mencampur mengikut keperluan.

Namun semua jawapan ini benar CUMA kita akan berhadapan dengan percaturan MASA terutama didalam peperiksaan yang amat mencemburui kita. Satu teknik dan kaedah yang mudah, pantas dan tepat amat diperlukan disaat-saat seperti ini.

Satu teknik mudah yang boleh kita kongsikan adalah seperti berikut.

Sebagai contoh soalan ini 6 X 8 = ?


Penerangan.
  • Lihat soalan 6 X 8 . Lihat angka 6 . Kita perlu lakukan operasi tolak iaitu 10 - 6 = 4. Begiru juga dengan 8. Lakukan operasi tolak 10 - 8 = 2
  • Letakkan hasil tolak pada kedudukan yang betul seperti didalam rajah.

Penerangan
  • Lakukan operasi tolak secara bersilang antara
           6 - 2 = 4
           8 - 4 = 4
  • Perhatikan bahawa kedua-dua jawapannya adalah sama. HANYA gunakan satu jawapan sahaja sebagai jawapan pertama anda.
  •  
     
Penerangan
  • Untuk mendapatkan jawapan akhir darabkan angka didalam kotak iaitu 4 X 2 = 8. Ini adalah jawapan kedua anda. Selesai.
Teknik ini ada syaratnya dan tidak boleh digunakan untuk sebarangan sifir. Hanya untuk sifir 6 sehingga sifir 10 dan bermula dari angka 6 sehingga 10 sahaja.

Kaedah kedua yang boleh kita gunakan ialah dengan menggunakan operasi tambah seperti berikut,
Penerangan

Sebagai contoh 6 X 8 = , apa yang perlu dilakukan ialah dengan mencari sifir yang terdekat kemudian anda lakukan operasi tambah sehingga mendapat jawapannya. Lihat rajah diatas.


ps: Didalam ebook Sifir Master for KIDS! diterangkan langkah demi langkah mengenal, memahami dan menguasai sifir menggunakan kaedah dan teknik Matematik Kreatif. Teknik dan kaedah ini lebih menekankan kefahaman mengenai sifir sesuai dengan usia mereka agar pembentukkan asas yang kukuh dapat dibina didalam diri.Bagi pelajar-pelajar rendah atau menengah, jika ingin menguasai teknik-teknik Sifir Master ( menyelesaikan sifir sehingga tanpa had ),anda boleh mempelajari teknik-teknik ini didalam Buku Sifir Master yang telah kami terbitkan. Maklumat lanjut sila lawati disini.




2 comments:

  1. Teringat zaman sekolah dulu, tiap pagi sebelum masuk kelas kena hafal sifir yang kat belakang kulit buku..Sekarang dah ada mcm2 cara nak mengingat dah..Thanx for sharing yeah..!

    ReplyDelete