Monday 24 October 2011

Kenapa Lupa Sayang ?

 
Siri Opps! I did it again ( Part #1 )

Kata Harry Lorayne, kenyataan bahawa daya ingatan yang lemah itu sebenarnya tidak ada !

Beliau menambah,jika daya ingatan anda hilang bermaksud anda perlu bermula semula dari zero didalam kehidupan ini. Anda perlu belajar bercakap semula, belajar berjalan,makan dan segalanya seumpama bayi yang baru lahir.

Adakah anda hilang ingatan apabila bangun tidur pagi tadi. Lupa cara nak mandi, gosok gigi,solat,masak,sarapan dan segalanya ? Pagi ini anda masih berbaju kan, maksudnya ingatan anda masih normal. Tiada istilah hilang atau lemah daya ingatan yang harus dipersoalkan.

Mengapa anak-anak tidak dapat menghafal sifir didalam subjek matematik atau subjek yang lain didalam pelajaran?

Jika mereka tahu apa kuasa yang ada pada Boboiboy,Yaya, Gopal atau bola kuasa maksudnya daya ingatan mereka normal seperti kanak-kanak lain cuma mereka memerlukan sedikit tunning dan adjustment untuk memperbetulkan minda mereka sahaja.


Apa punca yang menyebabkan mereka tidak ingat atau lupa sifir matematik dan subjek yang lain?

Tidak ingat atau lupa terjadi disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak begitu sempurna.
Anasir yang menyebabkan mengapa maklumat yang dihantar tidak dapat diterima dengan sempurna ialah disebabkan oleh perkara-perkara berikut

  • Kurang penumpuan
  • Kurang penelitian
  • Kurang minat
  • Fikiran melayang atau berkhayal
  • Sudah lama berlalu dan tidak diulang
Faktor-faktor diatas menyebabkan anak-anak tidak dapat menerima maklumat dengan sempurna yang akhirnya akan hilang dari simpanan memori mereka.

Mengapa mereka dapat mengingati segalanya yang berkaitan dengan cerita kartun kegemaran mereka meskipun baru sekali saja menontonnya?

Jawapannya mudah. Mari kita musnahkan perkara-perkara yang menghalang maklumat agar diterima dengan sempurna. Tukarkan perkara-perkara berikut,

  • Tambah tumpuan
  • Tambah penelitian
  • Tambah minat
  • Sedar ( bukan Siti dialam fantasi )
  • Berulang-ulang atau diulang-ulang.
Anak-anak lebih mudah mengingati karektor kartun kegemaran mereka kerana mereka LEBIH MINAT dengan kartun berbanding dengan sifir matematik dan subjek yang lain. Jika mempunyai minat, tanpa disuruh pasti mereka akan berusaha sendiri untuk belajar memahami dan mengingati sebagai mana mereka mengingati segala "power" yang dipunyai oleh Boboiboy dan rakan-rakan.

Sebagaimana para animasi berjaya menarik minat anak-anak menghafal setiap karektor animasi ciptaan mereka begitulah yang seharusnya dilakukan kepada pelajaran mereka. Kaedah dan teknik yang menarik didalam pembelajaran akan menimbulkan keseronokkan untuk terus mempelajarinya kerana anak-anak akan bertindakbalas terhadap perkara-perkara yang mereka suka dan gembira apabila melakukannya berbanding dengan pembelajaran sebaliknya.

Seperti juga seperti ibu-ibu yang dapat menghafal lagu Hindustan meskipun tidak pernah mempelajarinya di sekolah. Sekadar menonton filem lakonan hero dan heroin pujaan mereka dikaca televisyen. Kerana minat anda telah berjaya melakukanya tanpa anda sedar.






2 comments:

  1. Hah..kalau hafal lirik lagu memang cepat.. kalau nak hafal formula math..tetiba jadi kesesakan lalu lintas dalam otak lak..huhu

    ReplyDelete
  2. :) ye betul tu...kalau le formula math tu best mcam lirik lagu tu..kan senang kita hafal kan..

    ReplyDelete