Monday, 23 January 2012

Ikut jadual sifir

Jadual adalah perancangan bertulis bagi memastikan masa dan agenda berjalan seperti yang dirancangkan. Jadual juga bertujuan memastikan masa diuruskan dengan berkesan. Bagaimana pula dengan jadual Kemahiran Asas Matematik? Dibawah adalah contoh jadual tersebut.


M Table atau jadual sifir amat mudah untuk dibina. Hanya dapatkan pen atau pensil dan kertas.Lakarkan seperti contoh diatas. Isikan setiap kotak kosong dengan angka sifir. Jadual ini amat sesuai sebagai latihan untuk memantapkan sifir pelajar.Bagi ibubapa setiap saat berkualiti anda bersama anak-anak, binalah jadual sifir ini dan berkongsi bersama memenuhkan jadual tersebut.Selamat bercuti!


Meh! Baca Lagi Kat Sini...

Wednesday, 11 January 2012

Dari Ceruk Dapur

Sebut dapur semua orang akan teringat ibu. Ibu dan dapur bagaikan tidak dapat dipisahkan. Sesibuk mana sekalipun ibu pasti akan menjengok dapur meskipun ia berstatus sebagai ibu bekerjaya. Biar pun dapur warga pasca moden diurus oleh bibik atau pembantu rumah, dapur tetap akan diperiksa malah lebih ketat mengikut prosedur sebagai langkah keselamatan terutama yang hartawan.

Kenapa ceruk dapur?
Istilah orang tua-tua dahulu, ceruk dapur adalah khusus untuk orang perempuan. Disitulah mereka bekerja menyediakan juadah makanan. Disitulah juga tempat ibu mencurahkan kasih sayang dan pendidikan tak lupa juga sebagai tempat siksaan seperti didalam filem-filem Melayu dahulu. Saiz keluasan ceruk dapur dahulu adalah berdasarkan kepada keluasan rumah. Juga mengikut kebangsawanan seseorang. Lagi berharta maka besarlah ceruk dapurnya. Apatah lagi jika berdarah raja mungkin tidak langsung mengenal dimana ceruk dapur dek kerana istana besar yang tersergam indah.

Ceruk dapur juga dianggap sebagai tempat yang terbelakang, seboleh-bolehnya ia perlu disorokkan dari pandangan orang terutama tetamu. Meskipun sekecil mana sekalipun rumah atau teratak,bahagian dapur akan dihadang sekurang-kurangnya dengan kain langsir agar pandangan mata tetamu tidak terus menuju ke situ. Begitulah halus sekali masyarakat Melayu dahulu. Filem Melayu seperti bawang merah bawang putih, musang berjanggut dan sebagainya boleh dijadikan rujukan melihat suasana dan gaya dapur mereka.

Mungkin istilah dan makna katak dibawah tempurung adalah saudara terdekat kepada istilah diceruk dapur untuk menunjukkan betapa tertutupnya kawasan tersebut termasuk isi didalamnya. Jika boleh diumpamakan seperti barang, ia akan menjadi barang yang tidak pernah diusik, ditayang,disembunyi dan juga suci.

Namun ragam manusia masakan dapat menahan gelodak nafsu. Lebih-lebih lagi si dara yang meningkat remaja. Adakalanya jiwa raga memberontak mengidamkan suasana seumpama syurga. Istilah seperti jangan menyanyi didapur nanti berkahwin dengan orang tua mungkin mampu menerangkan perubahan suasana yang semakin berkembang. Jika tiada si dara yang hanya sekadar bersuka menyanyi masakan terbit istilah tersebut. Tak pernah terdengar istilah jangan mengaji didapur? Bukan.

Apakah yang mampu dipelajari hanya dari ceruk dapur?

Dahulu sebelum sistem pendidikan direncanakan secara sistematik, disinilah ibu-ibu mengomel mendidik dan mengajar anak-anak. Sambil-sambil menanak nasi atau menjerang air dan sebagainya maka diajarlah anak-anak terutama si dara tentang cara dan kaedah pengurusan rumahtangga. Mungkin istilah pengurusan rumahtangga tidak digunakan pada masa tersebut tetapi intipati dan konsep apa yang diajar ialah banyak berkaitan dan berkisar dengan ilmu-ilmu seperti memasak, membasuh, mengemas dan sebagainya. Perkembangan semasa sewaktu itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Apa lagi yang boleh diajar oleh ibu selain daripada kerja-kerja rutin yang dilakukan saban hari dan itulah yang diperturunkan kepada anak-anak.

Diwaktu malam tugas mendidik diteruskan lagi oleh bapa. Mengaji dan solat menjadi rutin dimalam hari. Disinilah segala nasihat, cerita dan teguran disampaikan. Bapa yang bekerja disiang hari hanya mampu mendidik di waktu malam mungkin semasa bersama-sama menjamah hidangan makan malam adalah masa berkualiti mereka. Semua aktiviti ini dilakukan diruang tamu bukannya didapur. Kenapa? Mungkin halusnya budi perkerti masyarakat Melayu dahulu untuk menunjukkan rasa hormat kepada bapa jadi makanan dihidangkan di ruang tamu agar selesa.

Itu semua adalah senario mungkin yang berlaku dahulu. Semua adalah dari PENDAPAT PENULIS sendiri.

Bagaimana pula dengan cerok dapur warga moden hari ini?

Lagi open dapur atau kitchen lagi baik sebab nak tunjuk kat tetamu apa yang dah i renovate. itu kata seorang teman.

Rumah sekarang dapurnya sudah tidak lagi tercerok. Semuanya telah diubahsuai malah ada yang tidak pernah berasap sebaliknya untuk memasak dibina satu lagi tempat khusus untuk memasak yang dipanggil dapur basah. Dapur yang tidak pernah digunakan untuk memasak hanya untuk tontonan sahaja sebab semuanya adalah barang-barang mahal dan ditempah pula rekabentuknya. Entah saya pun tidak berapa pasti. Ini pun maklumat dari teman.

Dunia telah berubah begitu juga dengan dapur. Masyarakat sekarang tidak berapa kisah jika mata tetamu terus melihat ke dapur. Malah rumah seperti apartmen adakalanya bersekali dengan ruang makan dan tamu. generasi sekarang sudah tidak menghiraukan dimana ceruk dapur anda. Semakin terbuka dan mungkin ceruk dapur menjadi ayat untuk lelucon sahaja. ( nah istilah lelucon ditampalkan???)

Dari cerok dapur moden banyak aktiviti yang dilakukan seperti berniaga, menonton tv, chatting, ber facebook, ber tweeter, kelas memasak dan sebagainya. Itulah yang dilakukan sekarang berbanding dahulu. Dek disebabkan perubahan dari segi bentuk dan jenis rumah sehinggalah ke minda maka yang dahulu diceruk-ceruk kan kini berubah menjadi satu bahagian yang ditayang-tayangkan.

Bersambung untuk Bahagian ke-2,




Meh! Baca Lagi Kat Sini...

Sunday, 8 January 2012

Demo 901 eksklusif

Hari ini isnin 090112. Saya akan paparkan demo 901 secara eksklusif untuk tontonan anda. Demo ini tidak akan anda dapati dimana-mana website namun jika terdapat juga ianya mungkin satu persamaan yang tidak disengajakan atau juga mungkin pasukan sahabat yang sealiran demi memperjuangkan kepentingan rakyat dimasa hadapan.

Demo 901 yang dipaparkan dibawah akan membuka persepktif dan lembaran baru kepada anda, anak-anak, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia tentang suasana apa yang bakal terjadi dimasa hadapan kelak. Apa yang diharapkan agar generasi baru khususnya anak-anak yang masih lagi bergelar pelajar tidak memandang remeh kepada apa yang kami papar dan kongsikan. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Ayuh! Muka mata anda seluas-luasnya.

Demontrasi 109 adalah demontrasi penguasaan minda untuk sifir 9

Demo 109 adalah untuk penguasaan sifir 9. Sifir 9 adalah sifir yang mudah untuk dikuasai. Terdapat berbagai kaedah dan teknik mudah untuk menguasai dan menyelesaikan sifir 9. Disini kami tunjukkan salah satu kaedah mudah tersebut. Namun jika tuan/puan ingin menguasai berbagai kaedah dan teknik untuk menguasai sifir bolehlah mendapatkannya melalui Buku Sifir Master dihalaman berikut. Sila lawati www.sifirmaster.com.

Berikut adalah demontrasi secara kreatif penguasaan sifir 9.

Langkah #1
Bina kotak 3 X 3 seperti berikut

Langkah #2
Tuliskan turutan nombor seperti berikut iaitu 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 . Tulis dikedudukan yang betul seperti didalam rajah dibawah.Rujuk anak panah.


Langkah #3
Lihat baris pada anak panah. Masukkan angka 0, 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 . Lihat angka yang berwarna merah. Lihat rajah dibawah.


Langkah #4
Selesai. Jawapan untuk sifir 9, sila ikuti anak panah.


Bagaimana? Tidak cukup mudahkah untuk anda menguasainya? Jika belum anda boleh dapatkan lagi berbagai kaedah dan teknik mudah untuk menguasai sifir. Dapatkan semua teknik kreatif ini didalam Buku Sifir Master sekarang.

Jika tuan/puan mempunyai anak-anak yang masih didalam kelas pengajian pra atau tadika ( berumur 4 tahun sehingga 6 ) tuan/puan juga boleh memberi pendidikan awal tentang penguasaan sifir ( iaitu Asas Kemahiran Matematik ) kepada mereka. Teknik khusus untuk pembelajaran peringkat pra atau tadika telah kami terbitkan didalam bentuk ebook. eBook ini kami telah permudahkan untuk ibubapa mengajar secara langkah demi langkah mudah mempelajari sifir dan darab. Selain dapat memahami dan menguasai sifir, anak-anak juga dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran didalam operasi tambah. Ini akan meningkatkan kefahaman anak-anak terhadap Asas Kemahiran Matematik. Untuk maklumat lanjut mengenai ebook Sifir Master For Kids bolehlah anda lawati halaman berikut. Sifir Master for Kids.

Jumpa lagi semoga dengan demo sifir 9 diatas dapat anda kuasai dan seterusnya mengajar anak-anak sebagai pengisian masa berkualiti anda bersama keluarga. Jumpa lagi untuk demo seterusnya.






Meh! Baca Lagi Kat Sini...

Tuesday, 3 January 2012

No Women No Cry ( School Edition )


Sesi Persekolahan 2012 tidak sampai 24 jam lagi akan memulakan sesi pengajiannya. Saat ini hampir semua ibubapa telah pun membuat persediaan untuk anak-anak yang bakal memasuki sesi persekolahan ditahun ini. Lebih teruja lagi apabila ibubapa yang pertama kali menghantar anak memasuki sekolah di tahun satu.Tentunya serba serbi adalah baru dari hujung rambut hingga hujung kaki termasuklah dengan beg dan alatan menulis. Seperti kelaziman bagi kanak-kanak dimana jua berada.

Rata-rata minggu lepas juga kebanyakkan sekolah telah mengadakan sesi orientasi khususnya untuk pelajar tahun satu. Disesi ini juga lazim pihak sekolah dan PIBG mengambil kesempatan dengan mengadakan satu sesi penerangan dan perbincangan bersama ibubapa berkaitan dengan persekolahan, agenda dan perancangan untuk sepanjang tahun ini yang melibatkan semua pihak.

Selain daripada itu murid tahun satu juga akan menjalani satu sesi ujian bagi menentukan kedudukan kelas. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk memastikan tahap pencapaian pelajar didalam kefahaman membaca,menulis dan mengira. Hasil daripada ujian ini akan menentukan kedudukan mereka didalam kelas-kelas yang telah terpilih.

Bagi ibubapa sudah pastilah kelas A atau kelas terbaik yang diisi dengan pelajar-pelajar pintar menjadi pilihan utama. Mungkin sedikit rasa ketidakpuasan hati apabila mengetahui anak mereka berada dikelas kedua, ketiga atau terakhir. Ini lumrah setiap tahun berlaku kerana persepsi semua ibubapa bahawa kelas pertama dan kedua adalah kelas bijak. Kelas bijak rata-rata guru akan memberi komitmen lebih kepada pelajar berbanding kelas terakhir.

Persepsi "A" adalah baik sudah menjadi tanda aras didalam masyarakat kita. Disebabkan itulah kebanyakkan sekolah dewasa ini menukarkan nama kelas menjadi nama-nama seperti Kelas Meranti, Kelas Cengal, Kelas Jati atau lain-lain lagi agar persepsi "A" yang sering menjadi pilihan utama secara sedikit demi sedikit dapat terhakis.

Ramai dikalangan ibubapa yang baru menghantar anak mereka memasuki alam persekolahan tidak tahu bahawa pembelajaran bagi pelajar tahun satu hingga tahun tiga ( iaitu dikenali sebagai Tahap 1 ) menekankan penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,kognitif, sikap, dan nilai. Ini adalah konsep didalam KSSR. Bagi ibubapa pembelajaran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira mungkin tidak asing lagi dikalangan kita namun bagi istilah seperti menaakul, kognitif dan kemahiran TMK mungkin agak janggal bagi ibubapa yang bukan dari bidang pendidikan. Apapun itu tidak menjadi masalah kerana yang penting anak-anak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira kerana ia merupakan asas kepada pembelajaran dan yang lain-lain akan mereka mempelajari peringkat demi peringkat berdasarkan kepada sukatan yang telah ditetapkan.

Perasaan cemas dan kecewa jika anak-anak ditempatkan didalam kelas yang bukan menjadi pilihan seharusnya dibuang jauh-jauh kerana tiada istilah pilih kasih didalam penentuan tempat tersebut. Tujuan diadakan ujian tersebut adalah sebagai panduan kepada guru untuk memastikan tahap pencapaian pelajar sebelum mereka didedahkan dengan pembelajaran sebenar. Jika pelajar masih lemah didalam mengenali huruf maka guru akan lebih menekankan pembelajaran dan perhatian terhadap mereka agar didalam Tahap 1 ini mereka dapat menguasainya sebelum meneruskan didalam Tahap 2 kelak ( iaitu tahun 4 hingga 6 ).

Selain itu pelajar yang tidak mahir didalam membaca dan menulis akan ditempatkan didalam satu kelas yang mempunyai tahap pencapaian yang serupa. Ini memudahkan guru merancang konsep pembelajaran yang sesuai ke atas mereka. Oleh sebab itu masalah keciciran atau tertinggal bas tidak akan berlaku kerana guru memahami daya kemampuan mereka. Ini juga tidak akan membuang masa guru untuk memberi perhatian khusus kepada seseorang pelajar dimana ia secara tidak langsung akan menganggu kelancaran pembelajaran murid-murid yang lain.

Ibubapa perlulah faham bahawa TAHAP 1 hanyalah untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,kognitif, sikap dan nilai. Ini adalah konsep didalam KSSR. Manakala TAHAP 2 ( iaitu dari tahun 4 hingga 6 ) pula adalah untuk pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Sekiranya pelajar tercicir di tahap 1 mereka akan menghadapi kesukaran untuk ke bab seterusnya.

Kesimpulannya janganlah ibubapa menangis jika anak mereka ditempatkan dikelas kedua, ketiga atau keempat tetapi bersyukurlah dan hargailah penat lelah jasa guru yang berkorban mendidik anak-anak kita. Selamat belajar dari kami di Team bijakstudy :)


p/s : Kuasai Rahsia bagaimana memastikan anak anda berlari ke sekolah dek kerana keseronokkan menguasai Matematik. Lawati disini untuk maklumat selanjutnya.

Meh! Baca Lagi Kat Sini...

Monday, 2 January 2012

The Journey


The Journey

Tahun 2012 telah mula melangkaui masa dan kita berarus dengannya. Semoga tahun ini lebih diberkati dan di rahmati.

Meh! Baca Lagi Kat Sini...