Sunday 8 April 2012

Disebalik Bengkel

Disebalik Bengkel

Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tahun 2012 ini kami mulakan Bengkel Sifir Master Teknik Matematik Kreatif pada 01 April yang lepas bertempat di Dewan Kuliah Pejabat Agama Islam, Kepala Batas Pulau Pinang. Sesi bengkel yang berlangsung selama 3 jam terpaksa ditambah sejam lagi atas keterujaan para pelajar menguasai teknik sifir master ini. Semua bersetuju mengatakan bahawa teknik dan kaedah ini amat mudah untuk dikuasai dan seronok mempelajarinya.

Seramai 22 peserta telah mendaftar untuk mengikuti bengkel ini dimana pada asalnya hanya dihadkan kepada 10 orang peserta sahaja kerana ia dirancang lebih berkonsepkan pembelajaran eksklusif. Namun atas permintaan ibubapa jumlah peserta telah ditambah dan plan asal juga terpaksa dirombak. Peserta terdiri daripada seorang pelajar Tahun 6, seorang orang pelajar tahun 5, 4 orang pelajar tahun 4, seorang pelajar tahun 1 dan bakinya adalah pelajar tahun 2. Sesi kedua akan berlangsung insya Allah pada 15 April ini ditempat dan lokasi yang sama.

Bengkel Sifir Master Teknik Matematik Kreatif adalah satu-satunya bengkel yang mengajar dan mendedahkan teknik-teknik mudah menguasai sifir sehingga tanpa had. Teknik yang mudah ini mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja. Kami buktikan dengan peserta yang terdiri dari tahun 1 dan 2 dalam masa yang singkat sahaja mereka DENGAN MUDAH telah menguasai asas kemahiran sifir (iaitu sifir 2 sehingga sifir 9) dengan jayanya.

Selepas mendedahkan Teknik kedua pula, para peserta telah menguasai sifir 11 sehingga sifir 19 dengan penuh yakin dan bersemangat. Bayangkan pelajar tahun 1 dan tahun 2 telah mampu menguasai sifir 2 sehingga sifir 19 dengan mudah dan gembira menyelesaikan soalan demi soalan yang diberikan. Keterujaan mereka dapat dilihat apabila setiap soalan latihan yang diberikan diselesaikan dengan pantas dan tepat.

Pada sesi kedua nanti, para peserta akan didedahkan dengan teknik-teknik yang lebih mudah dan menyeronokkan lagi. Insya Allah yang pasti pelajar akan dapat menguasai Asas Kemahiran Matematik ( sifir ) ini yang amat penting untuk mereka kuasai sebelum melangkah lebih jauh lagi didalam perjalanan memburu ilmu didalam alam persekolahan ini.

Jika tuanpuan berminat untuk mengetahui tentang Bengkel Sifir Master ini sila hubungi atau sms ditalian berikut 019 - 492 4870 Puan Zuraidah Pengarah Urusan Sinergi Minda.


1 comment:

  1. pengetahuan yang menarik dan luar biasa manfaatnya
    ohya kawan saya follow 62, silahkan folow balik diblog saya , jangan lupa suport dan komentarnya kawan, terima kasih
    http://penyuluhpi.blogspot.com/2012/04/ternyata-kotoran-sapi-bisa-dijadikan.html

    ReplyDelete