Jika anda diberi 12 chips hati seperti diatas, dapatkah anda memanipulasinya menjadikannya satu pembelajaran sifir yang menyeronokkan untuk anak-anak?
Kajian menunjukkan 50%-75% punca kelemahan matematik dikalangan pelajar ( terutama pelajar Melayu ) adalah disebabkan oleh berikut;
- Tidak mahir menguasai Asas Matematik
- Tiada bahan bacaan atau kaedah yang lebih mudah dan mesra pelajar digunakan didalam bilik darjah selain daripada rujukan buku teks.
- Kurang galakan dari ibubapa.
- Sikap pelajar itu sendiri
- Tidak berminat
- Berfikiran negatif terhadap subjek matematik.
- Malas dan kurang daya berfikir - Tiada motivasi
Darab didefinasikan sebagai
Pendaraban merupakan penambahan berkali-kali. Pendaraban antara dua nombor, dipanggil faktor menghasilkan hasil darab. Indentiti pendaraban ialah nombor 1, kerana apa-apa nombor yang didarab dengan 1 akan menghasilkan nombor itu yang sama.Sumber
Meningkatkan nilai dengan beberapa kali ganda.Sumber Illustrated Math Dictionary/Sharon M.L.Tan/HBJ Education Sdn.Bhd/Rirst edition 2003
Simbol adalah "X".
Juga disebut DARAB atau KALI
Contoh ayat matematik
1. Darab 2 dengan 3 adalah sama dengan ( 2 X 3 )
2. 2 KALI 3 adalah sama dengan 2 X 3
3. Dapatkan HASIL DARAB bagi 2 dan 3 adalah sama dengan 2 X 3
Bagaimana jika anda menyoal anak anda dengan soalan berikut, 2 X 6 = ? tapi dengan menggunakan chips hati diatas.
Meh! Baca Lagi Kat Sini...




