Wednesday 12 October 2011

Asas Pembelajaran Sifir ( Part #1)

Asas Pembelajaran Sifir - Modul Homeschooling


Jika anda diberi 12 chips hati seperti diatas, dapatkah anda memanipulasinya menjadikannya satu pembelajaran sifir yang menyeronokkan untuk anak-anak?

Kajian menunjukkan 50%-75% punca kelemahan matematik dikalangan pelajar ( terutama pelajar Melayu ) adalah disebabkan oleh berikut;

  • Tidak mahir menguasai Asas Matematik
  • Tiada bahan bacaan atau kaedah yang lebih mudah dan mesra pelajar digunakan didalam bilik darjah selain daripada rujukan buku teks.
  • Kurang galakan dari ibubapa.
  • Sikap pelajar itu sendiri
    - Tidak berminat
    - Berfikiran negatif terhadap subjek matematik.
    - Malas dan kurang daya berfikir
  • Tiada motivasi
Berbalik kepada soalan diatas, dapatkah anda mengeluarkan idea untuk membina ayat-ayat matematik yang berkaitan dengan sifir.?



Darab didefinasikan sebagai
Pendaraban merupakan penambahan berkali-kali. Pendaraban antara dua nombor, dipanggil faktor menghasilkan hasil darab. Indentiti pendaraban ialah nombor 1, kerana apa-apa nombor yang didarab dengan 1 akan menghasilkan nombor itu yang sama.Sumber

Meningkatkan nilai dengan beberapa kali ganda.Sumber Illustrated Math Dictionary/Sharon M.L.Tan/HBJ Education Sdn.Bhd/Rirst edition 2003 

Simbol adalah "X". 
Juga disebut  DARAB atau KALI 

Contoh ayat matematik

1. Darab 2 dengan 3 adalah sama dengan ( 2 X 3 )
2. 2 KALI 3 adalah sama dengan 2 X 3
3. Dapatkan HASIL DARAB bagi 2 dan 3 adalah sama dengan 2 X 3


Bagaimana jika anda menyoal anak anda dengan soalan berikut, 2 X 6 = ?  tapi dengan menggunakan chips hati diatas.




2 comments:

  1. P&P menggunakan bahan maujud..barulah berkesan contoh macam cip hati di atas....sesi pembelajaran yang menarik, kalau lagi bagus sediakan sumi, epal dan sebagainya kalau nak p&p budak sekolah .... tapi mungkin anda ada cara yang lebih menarik kan ?

    ReplyDelete
  2. ye betul...kaedah yg menyeronokkan merupakan salah satu faktor memudahkan kefahaman...banyak kaedah dan teknik yg boleh diaplikasikan dan teknik kami adalah salah satu drpnya..insya Allah.

    ReplyDelete