Thursday 13 October 2011

Asas Pembelajaran Sifir ( Part #2)

Asas Kemahiran Sifir - Modul homeschooling Part #2

Antara punca kelemahan pelajar didalam subjek matematik yang dikenalpasti ialah gagal menguasai kemahiran asas matematik dimana yang pasti kemahiran asas matematik ini telah pun diajar dalam silibus tahun satu lagi. Kesan kegagalan ini membawa sehingga keperingkat menengah.
Semak silibus Tingkatan 1 disini.

Implikasi dari kegagalan menguasai kemahiran asas matematik ini akan memberi halangan kepada mereka untuk menguasai kemahiran-kemahiran mengikut tahap seterusnya.

Gagal menguasai asas kemahiran Tambah akan memberi implikasi kepada kemahiran mendarab. Manakala gagal menguasai kemahiran menolak akan memberi implikasi kepada kemahiran asas bahagi.



Pecahminda: Bagaimana ibubapa melihat gambar diatas dari sudut pembelajaran kemahiran asas sifir mudah?

Kajian serta pandangan bijak dan pakar matematik menyatakan bahawa ramai dikalangan kita lebih cenderung untuk mendapatkan jawapan tepat dari mahu menguasai dan memahami kaedah bagaimana dan kenapa jawapan itu boleh terhasil. Jawapan yang tepat adalah sebahagian kecil didalam hasil proses pembelajaran diakui ia juga adalah sama penting namun jika memahami bagaimana sesuatu rumus itu terjadi kita tidak perlu menghafal berhari-hari setiap rumus yang dipelajari.

Kita hafal sifir tetapi adakah kita faham bagaimana dan kenapa jawapan sifir begitu?



Pecahminda : Aplikasikan kaedah ini untuk memberi gambaran permulaan kepada anak anda didalam pembelajaran Asas Kemahiran Sifir. Berpandukan gambarajah, ibubapa perlu menerangkan apakah yang dipaparkan. Berapa jumlah bilangan dan jika diasingkan kepada 2 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai bilangan yang sama akan mewujudkan ayat sifir seperti berikut

2 X 6 = 12

Kita hafal sifir tetapi adakah kita faham bagaimana dan kenapa jawapan sifir begitu? Dapatkah ibubapa menjawabnya.....











No comments:

Post a Comment