Sunday 8 January 2012

Demo 901 eksklusif

Hari ini isnin 090112. Saya akan paparkan demo 901 secara eksklusif untuk tontonan anda. Demo ini tidak akan anda dapati dimana-mana website namun jika terdapat juga ianya mungkin satu persamaan yang tidak disengajakan atau juga mungkin pasukan sahabat yang sealiran demi memperjuangkan kepentingan rakyat dimasa hadapan.

Demo 901 yang dipaparkan dibawah akan membuka persepktif dan lembaran baru kepada anda, anak-anak, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia tentang suasana apa yang bakal terjadi dimasa hadapan kelak. Apa yang diharapkan agar generasi baru khususnya anak-anak yang masih lagi bergelar pelajar tidak memandang remeh kepada apa yang kami papar dan kongsikan. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Ayuh! Muka mata anda seluas-luasnya.

Demontrasi 109 adalah demontrasi penguasaan minda untuk sifir 9

Demo 109 adalah untuk penguasaan sifir 9. Sifir 9 adalah sifir yang mudah untuk dikuasai. Terdapat berbagai kaedah dan teknik mudah untuk menguasai dan menyelesaikan sifir 9. Disini kami tunjukkan salah satu kaedah mudah tersebut. Namun jika tuan/puan ingin menguasai berbagai kaedah dan teknik untuk menguasai sifir bolehlah mendapatkannya melalui Buku Sifir Master dihalaman berikut. Sila lawati www.sifirmaster.com.

Berikut adalah demontrasi secara kreatif penguasaan sifir 9.

Langkah #1
Bina kotak 3 X 3 seperti berikut


Langkah #2
Tuliskan turutan nombor seperti berikut iaitu 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 . Tulis dikedudukan yang betul seperti didalam rajah dibawah.Rujuk anak panah.


Langkah #3
Lihat baris pada anak panah. Masukkan angka 0, 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 . Lihat angka yang berwarna merah. Lihat rajah dibawah.


Langkah #4
Selesai. Jawapan untuk sifir 9, sila ikuti anak panah.


Bagaimana? Tidak cukup mudahkah untuk anda menguasainya? Jika belum anda boleh dapatkan lagi berbagai kaedah dan teknik mudah untuk menguasai sifir. Dapatkan semua teknik kreatif ini didalam Buku Sifir Master sekarang.

Jika tuan/puan mempunyai anak-anak yang masih didalam kelas pengajian pra atau tadika ( berumur 4 tahun sehingga 6 ) tuan/puan juga boleh memberi pendidikan awal tentang penguasaan sifir ( iaitu Asas Kemahiran Matematik ) kepada mereka. Teknik khusus untuk pembelajaran peringkat pra atau tadika telah kami terbitkan didalam bentuk ebook. eBook ini kami telah permudahkan untuk ibubapa mengajar secara langkah demi langkah mudah mempelajari sifir dan darab. Selain dapat memahami dan menguasai sifir, anak-anak juga dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran didalam operasi tambah. Ini akan meningkatkan kefahaman anak-anak terhadap Asas Kemahiran Matematik. Untuk maklumat lanjut mengenai ebook Sifir Master For Kids bolehlah anda lawati halaman berikut. Sifir Master for Kids.

Jumpa lagi semoga dengan demo sifir 9 diatas dapat anda kuasai dan seterusnya mengajar anak-anak sebagai pengisian masa berkualiti anda bersama keluarga. Jumpa lagi untuk demo seterusnya.





2 comments:

  1. Alhamdulillah anak-anak kakak boleh menguasai sifir 1 hingga 16. Contoh yg ditunjuk utk sifir 9 ada yg sama cara anak kakak gunakan. Sistem bengkokkan jari pun ada juga mereka belajar...

    Bagus dan praktikal...

    ReplyDelete
  2. kak Zakie taniah dan syukur sebab anak2 mahir sifir..kat dlm buku sifir master kami tnjukkan teknik yg lebih mudah utk sifir 1-99, utk 2digit dan 3 digit. Bagus utk para pelajar menguasainya.

    ReplyDelete