Wednesday 22 February 2012

Startegi bijakstudy di rumah


Proses pembelajaran dirumah memerlukan perancangan yang komprehensif oleh ibubapa merangkumi kaedah, teknik dan kaedah yang digunakan.

Dirumah ibubapa adalah guru yang paling sempurna untuk membimbing anak-anak. Justeru ibubapa haruslah mempunyai pengetahuan didalam usaha membentuk bahan pembelajaran anak-anak.


Terdapat berbagai subjek yang boleh diterapkan kepada anak-anak. Persoalan mahir atau tidak, seharusnya tidak menjadi alasan. Apa yang perlu ialah ibubapa tahu menyalurkan sedikit maklumat atau menerangkan kekaburan kepada mereka hal yang berkaitan dengan pelajaran disekolah. Terutama yang masih diperingkat sekolah rendah.

Di era tahun 2012, rata-rata kebanyakkan ibubapa adalah dari generasi Y adalah terdiri daripada ibubapa yang mempunyai pendidikan minima adalah lulusan Sijil Kemahiran sehingga yang tertinggi, Dalam erti kata sebenar ibubapa dari generasi ini adalah ibubapa yang terpelajar. Jadi tiada masalah untuk mengajar subjek sekolah rendah.

Dengan persekitaran IT yang begitu pesat ibubapa tidak menghadapi masalah untuk mencari bahan pembelajaran. bahan pembelajaran boleh didapati dengan mudah didalam internet malah kebanyakkannya boleh didownload secara percuma dari pelbagai sumber.

Berdasarkan fakta penyelidik, 90% daripada kejayaan pembelajaran adalah terhasil daripada proses aktiviti berkumpulan iaitu belajar dan berbincang. Aktiviti ini amat sesuai dijalankan dirumah dan amat kena pada tempatnya. Ibubapa dan anak-anak bersama-sama menghidupkan aktiviti berkumpulan untuk belajar dan berbincang dan sesuai dijadikan aktiviti mengisi masa berkualiti bersama keluarga.

Persoalan apakah yang sesuai untuk dibincangkan bersama anak-anak?
Jawapanya mudah. Apa saja subjek pelajaran anak-anak boleh saja dijadikan bahan perbincangan dan pembelajaran. Antaranya seperti soal ibadat dan pendidikan islam yang mempunyai skop pembelajaran yang sangat luas, menulis, membaca dan mengira. Subjek asas bahasa Inggeris, sains dan subjek matematik adalah sebahagian daripada contoh-contoh yang boleh dijadikan subjek pembelajaran dirumah.

Walau bagaimanapun subjek-subjek ini bukanlah satu kemestian. Andai kata ibubapa mempunyai kemahiran didalam teknik-teknik pembelajaran kreatif yang lain seperti teknik daya ingatan, teknik peta minda, teknik membaca laju, teknik mengambil nota dan sebagainya boleh juga dijadikan sebagai bahan pengajaran alternatif yang amat baik untuk diserapkan kepada anak-anak. Kaedah dan teknik kreatif amat membantu didalam pembelajaran seseorang. Ramai pelajar cemerlang menjadikannya sebagai satu alat bantu mempercepatkan proses pembelajaran dan kefahaman.

Jika ibubapa masih lagi buntu memikirkan apakah bahan yang sesuai untuk dijadikan pembelajaran untuk anak-anak, disini kami mengsyorkan para ibubapa mempraktikkan teknik sifir master dari ebook Sifir Master for Kids. Ebook ini menerangkan langkah demi langkah mudah untuk ibubapa mengajar anak-anak menguasai Asas Kemahiran Matematik . Ebook ini disusun khas untuk pembelajaran anak-anak yang berusia 5 sehingga 7 tahun menguasai Asas Kemahiran Sifir berdasarkan kaedah Matematik Kreatif. Dua kemahiran asas akan mereka kuasai secara serentak iaitu kemahiran darab dan tambah. Ebook ini meletakkan sasaran agar anak-anak dapat menguasai Asas Kemahiran Sifir sebelum memasuki tahun satu.

Walau bagaimanapun segalanya terletak kepada kemahuan ibubapa sendiri. Jika mereka memahami apa yang dikatakan oleh Alvin Toffle pasti mereka memahami akan kepentingan pendidikan awal samada dirumah atau disekolah.

Lihatlah apa yang dikatakan oleh Alvin Toffle, “The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn, and relearn”. Bagaimana persediaan anda?

1 comment: